15 Apr 2017

Jam Tangan Baru !!

Setelah tak ada jam tangan untuk sekian lama, akhirnya farah beli jam! Boleh ke hidup tak ada jam tangan ni? Kalau zaman sekarang ni boleh je kot. Semua orang dah ada handphone. Handphone pula 24 jam di tangan. Tak ada masalah kalau tak ada jam.
Jam Tangan Baru !!
Bagi farah pula, farah tak ada jam atas sebab kerja. Ada kawalan infeksi yang kena patuhi. Kerja farah kena cuci tangan selalu.  Bila nak cuci tangan kena buka cincin, jam, gelang dan sebagainya. Tu yang leceh nak buka setiap kali. Sampai cincin kahwin pun farah tak pakai. Hubby pun sama. 

Dulu kami berdua ada jam tangan. Jam yang kami beli untuk hantaran kahwin. Tapi ntah dah kemana jam tu. Bila dah berpindah dua tiga kali, barang pun dah lost track.

Kebetulan beberapa hari lepas, adik farah promote jam tangan. Kita ape lagi, terus order sebiji. Rambang mata tengok jam tangan, nak pilih pun susah. Banyak sangat yang cantik. 

Tapi akhir sekali farah pilih warna hitam emas. Stail pula farah ambil yang cool sikit. Sebab jam tangan farah yang dulu dah feminin dah hehe. Tukar lah pula.

Jam Tangan Baru !!
Dapat dalam kotak aluminium. Cantik!

Jam Tangan Baru !!
Dalam pula macam ni. jadi tak risau rosak masa pos.

Jam Tangan Baru !!
Budak kecik ni bila orang nak buka barang pos mula lah sibuk nak buka juga hihi.

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign