15 Apr 2017

Resepi Kerabu Pelam Telur / Jeruk Mangga

Resepi Jeruk Mangga / Kerabu Pelam Telur
Baca tajuk saja dah kecuq ayaq lioq. Hihi. Tahun lepas viral resepi jeruk mangga asam boi di media sosial. Tahun ni pula viral resepi kerabu mangga.

Resepi ni menggunakan pelam telur atau pun di tempat farah di Besut kami panggil 'pauh ringan'. Masa kecil-kecil dulu di sebelah rumah nenek farah ada pokok pelam telur. Sampai je musim berbuah, kami akan ambil dan makan. Pelam telur ni makan saja pun sedap. Tak perlu ada colek bagai.

Farah suka buah yang masih putik. Masamnya tak payah cakap. Fuuuh. Waktu abah bawa kami balik kampung di Kelantan, kami akan potong siap-siap untuk bekal semasa perjalanan. Bawa garam halus sekali untuk cicah. Bila duduk dalam kereta mesti bertanding dengan adik-adik siapa boleh makan pelam dengan muka selamba. Rasanya farah tak pernah menang lagi hehe.

Resepi kali ni adalah resepi yang farah dapat dari facebook. Resepi ni mendapat beribu perkongsian.

Waktu farah buat kerabu pelam ni, masa tu tengah kalut nak keluar. Banyak barang yang tak ada, jadi tak letak dalam kerabu yang farah buat. Lain kali nak cuba buat lagi resepi yang lengkap.

Kalau tengok resepi yang asal, langsung tak ada sukatan bahan yang digunakan. Cuma disenaraikan bahan-bahan dan cara membuatnya. Dah la resepi tak ada nama haha. Tapi farah cari tuan punya resepi asal. Di facebook beliau ada ditulis 'kerabu pelam telur'. Jadi farah rasa itulah namanya.

Farah susah sikit bila tengok resepi tak ada sukatan. Lainlah kalau korang memang hebat memasak. Tengok je boleh agak banyak mana. Tapi disebabkan tak ada jalan lain, farah pun hentam je lah agak-agak sukatan yang digunakan.

Rasanya agak sedap, walaupun pedas hehe. Farah tak pernah lagi makan pelam macam ni. Biasa pencicah  atau garam je. Tukar angin ni best juga ye.

Ok jom cuba resepi Kerabu Pelam Telur / Jeruk Mangga!

KERABU PELAM TELUR / JERUK MANGGA 
Resepi asal: Norraihan Ismail

Bahan-bahan:
Pelam telur
gula perang
belacan
sos ikan (kicap sotong) - tak letak
bawang merah
kacang tanah disangai - tak letak
cili
cili kering dikisar halus
madu - tak letak
udang kering - tak letak

Cara -cara kuah sos:
1. campurkan madu dan sos ikan (kicap sotong)

Cara-cara:
1. Potong pelam nipis-nipis. Rendam didalam air sejuk.
2. Di dalam bekas lain, campurkan gula perang, belacan, dan cili kering. Gaul sampai sebati.
3. Potong bawang merah dan cili nipis-nipis.
4. Campurkan semua bahan kecuali udang kering. Gaulkan.
5. Masukkan kuah sos. Gaulkan.
6. Masukkan udang kering dan gaul sekali lagi.
7. Rasa dulu cukup tak rasanya. Kalau tak cukup, tambah lagi perasa.

Resepi Jeruk Mangga / Kerabu Pelam Telur
Kalau nak lebih sedap, beli buah pelam yang betul-betul putik. Buah yang masih putik lebih rangup. Bila makan krup krap krup krap memang nikmat hehe.

Dah cuba buat resepi Kerabu Pelam Telur / Jeruk Mangga? Jom buat!

Selamat mencuba!

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign