21 Apr 2017

Resepi Pisang Sira

Hari tu teringin sangat nak makan pisang sira. Teringat lagi masa kecil, umi farah selalu buat pisang sira. Zaman dulu bukanlah ada pelbagai makanan macam sekarang. Snek, pencuci mulut mesti lah makanan tradisional. Zaman sekarang ni orang tahu pisang goreng cheese je hehe. 
Resepi Pisang Sira
Waktu tengah sira pisang, teringat pula pengat pisang. Ish. Dah mengidam banyak benda pulak dah haha. Semua rasa nak makan. Kalau pengat, fuuh. Pengat pisang, pengat ubi, pengat durian. Nak senaraikan tak habis ni. Semua pun farah suka. Hihi. 

Hmm. Lepas ni kena buat pengat pisang pulak.

Lepas dah berhijrah tinggal di Kedah, benda yang paling susah untuk farah adalah makanan. Cara masakan sangat berbeza. Dah la nama pun berbeza dah. Masakan kebanyakan pedas, dan tak manis (lidah farah mestilah dah biasa manis hehe). 

Bila sampai bulan puasa, mesti farah stress sebab kuih di bazar ramadhan tak manis haha. Tak boleh terima betul. Nama lagi kuih, patutnya manis lah. Kan? Tahun lepas rezeki farah jumpa makcik orang kelantan dan dia jual kuih. Horrey! Tapi makcik tu buka gerai di lewat gila. Nak beli kena tunggu dia sampai haha. Gigih kemain.

Lama-lama, dah semakin biasa dengan makanan sini. Cuma yang pedas tu tak la. Farah tak tahan pedas.

Resepi pisang sira ni tak susah. Korang tau-tau la kan. Farah tak buat resepi yang kompleks hihi. 

Pisang tu farah sarankan korang rendam dalam air kapur dulu setengah jam. Supaya nanti pisang tak cepat hancur dan ada bentuk. Waku farah buat pisang sira ni, farah tak ada air kapur. Tawakkal je lah. Akhirnya pisang lembik (walaupun dah agak). Nak ceduk dari periuk pun patah-patah.

Jadi sila rendam air kapur dulu ye.

PISANG SIRA

Bahan-bahan:
sesikat pisang - farah guna pisang besar, jadi agak-agak berapa biji ikut saiz
1 cawan air
gula
5 kuntum bunga cengkih
pewarna kuning
2 helai daun pandan - simpul

Cara-cara:
1. Ambil pisang dan belah 2. Pisang farah besar, kena bahagi dua dulu, baru dibelah dua.
2. Panaskan air, gula dan daun pandan. Biarkan sampai gula hancur dah mendidih.
3. Masukkan pewarna dan bunga cengkih.
4. Masukkan pisang. Biarkan sampai kuah pekat dan pisang berkilat.
5. Angkat dah di hidang.

Resepi Pisang Sira
Sonang ajo. Hehe. Ada orang suka makan terus waktu masih panas. Farah lebih suka sejuk. Jadi biasanya farah akan simpan dalam peti ais terlebih dahulu, esoknya barulah di makan. Sama macam bubur. Farah suka kalau bubur yang sejuk dan disimpan di dalam peti. 

Ha, ape lagi? Pi buat lekaih. Pisang sira paling senang.

Selamat mencuba!






No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign