16 Apr 2017

Resepi Sup Telur Paling Senang

Farah sangat suka sup telur. Simple tapi sedap. Makan ratah pun sedap. Kalau tengah-tengah malam rasa lapar, lebih baik buat sup telur dari pi melahap megi hehe.
Resepi Sup Telur Paling Senang
Sup telur pun ada banyak variasi. Ada orang letak sayur sawi dalam sup. Ada juga orang letak soo hoon. Ikut mana yang korang suka, korang boleh letak. Farah suka sup telur yang kosong sahaja. Kalau letak sawi rasa macam jadi sup sayur bertelur pula hihi.

Jom masak Sup Telur!

SUP TELUR

Bahan-bahan:
3 biji telur
1 biji kentang - kerat 4
1 batang lobak merah bersaiz kecil
3 biji bawang merah - tumbuk
2 biji bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - dihiris
1/2 kecil lada hitam -ditumbuk
1 kiub pati ayam
Daun bawang / daun sup - dihiris 
garam
air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merang, bawang putih, halia dan lada hitam hingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kentang dan lobak merah. Biarkan sekejap.
4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau. Biarkan telur masak sendiri.
5. Perasakan dengan garam. 
6. Hidang dalam mangkuk yang bersesuaian. Taburkan daun bawang atau daun sup untuk hiasan.
Resepi Sup Telur Paling Senang
Ha, senang je sup telur. Masa yang diambil untuk masak pun sekejap je. Resepi kali ni sangat sesuai kalau korang nak cepat, orang dah lapar, tak sabar tunggu kita siap masak hehe.

Dah cuba resepi Sup Telur hari ni?

Selamat mencuba!

7 comments:

  1. Saya cuba buat malam ni. Nak keluar beli perencah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah adam. Senang dan sedap! hihi

      Delete
  2. Saya memang nak buat sebab kalau sedap saya buat selalu. Tak payah keluar kalau dah boleh buat sendiri. Saya ikut 100 % resipi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah cuba boleh share link kat sini =)

      Delete
  3. Fara,
    Hari ni tak jadilah.
    Kawan ajak keluar makan.
    Saya cuba minggu depan. Masa cuti.

    ReplyDelete
  4. macam maggi ayam je.sedap jugak ni

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign