18 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Kari Ayam

Testing The Cookbook || Kari Ayam
Dah lama farah cari resepi kari ayam yang agak pekat kuahnya. Dulu farah pernah kongsi resepi gulai ayam dalam satu entri. Resepi gulai ayam tu adalah yang farah selalu masak. Biasanya bila farah buat roti jala, farah akan masak gulai ayam tu. Tapi farah kurang gemar sebab kuah gulai ayam tu agak cair dan tak pekat. Lebih sesuai untuk makan dengan nasi putih.

Kebetulan minggu lepas, hubby minta masakkan kari ayam dalam buku ‘1 Hari 1 Resepi’.  Kuah kari yang farah masak cukup pekat. Memang sesuai kalau makan dengan roti jala ataupun untuk cicah roti dan pulut.


Jom masak Kari Ayam!

KARI AYAM
Testing The Cookbook || Kari Ayam
Resepi asal
Bahan-bahan A:
1 ekor ayam - dipotong kecil
1/2 cawan minyak masak
3 sudu makan rempah kari ayam atau daging
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk cili atau cili kisar
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan (1/2 biji kelapa)
4 biji kentang - dipotong 4
3 biji tomato - dipotong 4
1/2 cawan air asam jawa
garam secukupnya

Bahan-bahan B (Tumisan):
6 biji bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia
3 tangkai daun kari - tak letak
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari, jintan manis, dan serbuk cili ataupun cili kisar yang dibancuh dengan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kentang, santan kerisik dan garam. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang empuk ataupun lembut. 
4. Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak.
5. Hidangkan dengan nasi, roti, pulut ataupun ketupat.

KOMEN FARAH
Testing The Cookbook || Kari Ayam
Kari yang farah masak agak berbeza rupanya dengan gambar dalam buku. Mungkin sebab santan. Farah gunakan santan kotak 200ml. Chef mungkin gunakan santan perah. Santan kotak lebih pekat dari santan perah. Tapi hasilnya farah dapat kari ayam yang pekat seperti yang farah nak.

Sedap! Rasa rempah cukup. Kalau farah masak sendiri, selalu tak tahu nak masukkan rempah ape. Sebab tak berapa faham fungsi rempah.

Korang dah cuba resepi Kari Ayam? Jom buat!


Selamat mencuba!  







Untuk resepi gulai ayam cara farah, boleh baca Gulai Ayam Paling Senang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign