9 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Ayam Goreng Tomyam

Resepi Ayam Goreng Tomyam

Hari ni farah nak kongsi resepi ayam goreng tomyam. Ramai tak suka makan dada ayam kan? Resepi ni sesuai kalau korang ada beli dada ayam tapi tak suka makan dada ayam. Simpan lah dada ayam tu dalam peti, tak keluar-keluar sampai sudah. 

Ha, kalau masak goreng macam resepi kali ni, mesti dada ayam tu akan habis jugak hihi. Potong kecil-kecil nipis, senang lah nak makan. Farah guna je bahagian ayam mana yang ada di rumah. Bahagian tulang pun campak sekali.

Jom masak Ayam Goreng Tomyam!


Ayam Goreng Tomyam
Resepi Ayam Goreng Tomyam
Resepi asal
Bahan A:
300gram isi ayam (dipotong nipis)
1 batang serai (diketuk)
1 sudu makan pes tomyam
5 biji limau kasturi (diambil air)
1 Pokok daun ketumbar (dipotong kecil)
1 sudu teh minyak masak

Bahan B (dihiris):
5 biji cili merah
8 biji cili api
1 inci halia
2 labu bawang besar

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dihiris dan serai yang sudah diketuk.
2. Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masakkan sehingga lembut.
3. Tutup api dan masukkan air perahan limau kesturi yang sudah dibancuh dengan pes tomyam dan daun ketumbar. Kacau sehingga rata.
4. Hidangkan dengan nasi.

KOMEN FARAH
Resepi Ayam Goreng Tomyam
Sedap terutamanya kalau korang penggemar makanan pedas. Pedasnya sampai tak rasa perisa tomyam haha. Farah dan hubby dua-dua tak tahan pedas. Tapi kami makan juga sampai habis. 

Bagi farah perahan limau kasturi menambah kesedapan resepi ni. Farah memang suka rasa masam-masam sikit.

Dalam resepi tak tertulis perlu letak garam atau perasa. Tapi rasa limau kasturi, serai, daun ketubar dah cukup sebagai perasa. Jadi tak perlu risau kalau korang lupa nak perasakan sebab tak ada dalam resepi hehe.

Ayam Goreng Tomyam yang farah punya tak sama warna dengan dalam buku. Farah punya sedikit oren sebab pes tomyam. Tapi dalam buku, warna ayam putih cantik. Mungkin sebab pes tak sama jenis?

Keseluruhannya, sangat berpuas hati dan farah akan buat lagi resepi ni lain kali.

Dah pernah masak Ayam Goreng Tomyam? Kalau belum, cuba lah resepi ni!

Selamat mencuba!






1 comment:

  1. senang jer resepi ni.. kena cuba!

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign