20 Apr 2017

Testing The Cookbook || Resepi Bergedel Tauhu

Bergedel adalah salah satu makanan yang farah rasa mewah.  Sebab kalau makan di kedai, harga sebiji bergedel tu alahai mahai. Kadang-kadang saiz kecil pun dah 50 sen.
Resepi Bergedel Tauhu
Dulu masa belajar, farah ingat lagi, sebiji 50 sen di kafe universiti. Tu 3 tahun lepas. Sekarang mesti lah dah naik harga banyak.  Harga kafe dalam university dengan harga di luar pun mesti lah berbeza kan?

Farah pernah buat bergedel ayam. Senang je rupanya buat  bergedel ni. Cuma banyak langkah-langkah, mungkin sedikit leceh. Rasanya sebab tu lah mahal harganya.

Hubby suka bergedel ayam. Mungkin sebab ada kentang dan ayam. Rasa pula macam inti karipap sebab farah letak rempah kari hehe. Resepi orang lain tak tahu lah ada rempah kari atau tak.

Resepi kali ni bukan bergedel ayam, tapi bergedel tauhu. Jujur nak mengaku, farah tak tahu bergedel tauhu ni wujud haha. Ingatkan ada bergedel ayam dan daging sahaja.  Rupanya ada juga bergedel tauhu.

Jom buat Bergedel Tauhu!

BERGEDEL TAUHU
Resepi Bergedel Tauhu
Resepi asal

Bahan-bahan A:
4 keping tauhu lembut
200gm kentang - direbus dan dihancurkan
200gm udang - dibuang kulit dan dipotong kecil
2 biji cili merah
2 pokok daun bawang - dicencang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
2 biji telur -  dipukul
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Hancurkan tauhu lembut
2. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Bentukkan adunan menjadi bulat dan leper.
4. Panaskan minyak di dalam kuali.
5. Celupkan adunan di dalam telur dan gorengkan dengan api yang kecil sehingga masak.
6. Angkat dan tuskan.
7. Hidangkan dengan sos cili.

KOMEN
Resepi Bergedel Tauhu
Bergedel dalam gambar buku Nampak lebih pejal dari bergedel yang farah buat. Nampak lebih cantik dan kemas haha. Nama lagi chef yang masak kan.

Sedap! Hubby pun suka. Dia kata sedap.

Farah guna 2 biji tauhu saiz kecil dan 1 biji tauhu saiz besar sebab tauhu tak ada. Tapi farah rasa adunan jadi sedikit lembik disebabkan tauhu besar lebih lembik dari biasa. Jadi farah sarankan korang gunakan tauhu yang saiznya kecil sahaja. Jangan guna yang saiz besar.  Bila lembik, susah untuk dibentuk dan goreng.

Untuk resepi ni dapat agak banyak. Kalau makan tak habis, boleh simpan beku dulu, nanti nak makan baru panaskan semula.

Dah cuba resepi Bergedel Tauhu? Jom buat!


Selamat mencuba! 

6 comments:

  1. Baru semalam nampak ada orang share gambar begedil tauhu ni. Macam sedap tapi bila ada kerajinan nak buat ye...wajib try nanti ni...sbb farah pun ckp sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang sedap hehe. Boleh tambah serbuk kari kalau nak rasa kari sikit.

      Delete
  2. tak tahu rupanya ada tauhu bergedel.(^_^).Hi Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la haha..farah pun baru tahu

      Delete
  3. tak pernah cuba lagi ni.. nanti boleh cuba.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah mama jue. farah pun sebelum ni tak tau kewujudan begedel tauhu hihi

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign