13 Apr 2017

Testing the cookbook || Resepi Sup Ayam

Sebulan dua yang lepas, medina mula tak nak makan bubur nasi dia. Suap je ludah. Pasta tak nak, oat pun tak nak. Sampai kami mati kutu. 

Lama juga rasanya medina macam tu. Bila duduk dengan mama tok dia waktu kami kerja pun sama. Tak nak makan.

Lepas tu farah buat keputusan tukar cara dan waktu medina makan. Waktu medina makan adalah waktu kami makan. Makan sama-sama di meja makan. Bukan makan sambil tengok didi and friends atau upin dan ipin (sekarang dah tambah chichi dan chacha haha).

Medina mula makan, tapi sikiiit sangat. Beberapa kali suap je. Masa tu farah fikir, mungkin dia nak makan apa yang kami makan. Tak nak dah nasi lembik macam bubur. Farah pun cuba bagi nasi putih biasa dengan sup ayam. 

Medina makan!!

Rupanya dia nak makan apa yang kami makan. Walaupun gigi baru dua batang, nak juga makan nasi ketul-ketul hehe. 

Sejak tu memang farah bagi nasi dengan sup. Suka betul dia dengan sup. Sup ayam, sup daging, sup ikan, sup sayur semua boleh. Farah rasa nak cuba buat singgang ikan pula. Kot-kot medina suka. Lega lah hati.

Jadi farah kena cari resepi sup ayam yang sedap untuk bagi dia makan. Belek-belek buku, jumpa resepi sup ayam hari ni. Boleh masak selalu untuk medina lepas ni.

Jom masak Sup Ayam!

SUP AYAM
Resepi asal
Bahan-bahan A: 
1 ekor ayam
4 biji kentang (dibelah 4)
1 batang lobak merah (dipotong kecil)
1 pokok daun sup dan daun bawang (dihiris)
5 cawan air
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 susu makan minyak masak
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng - tak letak

Bahan-bahan B:
5 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)

Bahan-bahan C (rempah tumis):
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara-cara:

1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan tuskan.
2. Panaskan minyak. tumis lada hitam, bahan yang dihiris dan rempah tumis.
3. Masukkan ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendidih. 
5. Masakkan sehingga kentang dan lobak merah lembut.
6. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng, daun sup, dan daun bawang. 

KOMEN FARAH
Resepi yang mesti di cuba. Senang dan sedap! Biasanya farah masak sup ayam, farah akan letak sup bunjut. Wajib. Tak pernah tak letak. Tapi dalam resepi ni tak guna sup bunjut. Sediakan rempah tumis sendiri. Mula-mula bimbang pula takut tak sedap. Rupanya lagi sedap dari jangkaan farah.

Lagi satu, lada hitam. Farah tak letak lada hitam dalam sup ayam dulu. Tengok resepi ni ada. Bimbang juga takut pedas untuk medina. Tapi tengok medina makan ok je. Masa-masa yang akan datang memang farah akan letak lada hitam bila masak sup ayam.

Sup yang farah masak nampak lebih kurang dengan gambar dalam buku. Lulus! Tapi lobak merah chef lagi cantik. Hihi. 

Dah cuba resepi Sup Ayam? Jom cuba masak resepi ni!

Selamat mencuba!

6 comments:

  1. Replies
    1. try lah buat sha.. resepi ni senang je hehe

      Delete
  2. Wah..boleh try..biasa masak dengan sup bunjut jgk..😅

    ReplyDelete
  3. sedapnya..nak sikit kak farah

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la buat rabia hehe. senang je ni. tak tipu

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign