23 May 2017

Belajar Bersyukur

Hari ni tiba-tiba terfikir pasal orang yang malas kerja. Sekarang banyak sangat farah jumpa. Dah penat-penat pi belajar, hantar surat sana sini, pi interview 2, 3, 4 kali. Tapi bila masuk kerja, malas. 

Buat tu tak nak. Buat ni tak nak. Kerja semua nak berkira. Kalau kerja orang lain semua tak nak tolong. Ambil port kerja sendiri je.

Farah tak faham orang yang malas kerja ni. Kaya kah? Hidup senang kah? Dah jutawan kah? Kalau tengok hujung bulan poket kempis pun boleh tahu dah tak kaya mana. Hidup pun makan gaji. Tapi buat kerja tak mau.

Pelik.

Ramai orang menganggur. Ramai orang nak kerja. Ramai orang yang ada anak sakit, ada mak ayah sakit, ada yang tak cukup duit beli ubat. Semua ni nak kerja, nak duit. Ni kita yang ada kerja ni tak mau kerja pulak? 

Tak reti bersyukur sungguh.

Memang ada masanya kita tertekan dengan kerja. Penat. Farah pun ada masa-masa macam tu. Tapi setiap kali farah rasa macam tu, farah fikir balik.

Kalau tak kerja, farah nak buat apa? Jadi suri rumah? Ingat senang jadi suri rumah? Kerja pejabat, 8 pagi hingga 5 malam. Suri rumah? 24 jam. Mampu ke farah nak buat? Minda dah bersedia?

Kalau tengok keadaan sekarang, hujung minggu jadi suri rumah pun dah penat. Tu baru 2 hari. Kalau sepanjang hayat? Farah bersedia ke? 

Kerja pejabat jauh lebih mudah dari suri rumah. Percaya lah. Jauh lebih mudah.

Farah tengok kakak farah, Kak An bawa 2 orang anak dia naik flight sorang-sorang. Kami bawa medina sorang tu berdua pun penat. Kak An bawa 2 orang? Macam mana nak handle dua orang? Kalau sorang lari belah kiri, sorang lari belah kanan? Nak kejar mana dulu? Haha. Kak An ni baru lah superwoman. Farah tak mampu.

Tak nak bangun pagi pi kerja? 
Ada orang nak bangun berdiri tapi tak boleh.

Gaji sikit? 
Ada orang tak ada kerja, gaji apatah lagi.

Duit takdak nak minum starbuck?
Ada orang nak minum air paip je untuk hidup.

Belajar lah pandang apa yang kita ada, bukan yang kita tak ada. 

6 comments:

  1. Haaa siapa yang malas kerja tu meh pass dekat echa je. Huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Dah ade kerja pastu malas.

      Delete
  2. Hmm.. Macam Sha susah nak dapat kerja sebab pesakit kronik. Memang marah rasanya untuk mereka yang ada kerja tapi bermalas-malasan. Padahal ramai lagi yang betul2 perlukan pekerjaan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Orang lain susah payah tapi tak dapat kerja. Yang ada kerja ni tak hargai kerja

      Delete
  3. Setuju sangat dengan quote tu pandang apa yang kita ada, bukan yang kita tak ada. Nani pernah baca satu buku ni kalau kita asyik bandingkan hidup kita dengan orang lain sampai bila bila pun tak kenal erti syukur. Allah dah aturkan rezeki untuk setiap orang, apa yang pentig bersyukur :)

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign