20 May 2017

Jamuan Sebelum Ramadhan?

Minggu ni banyak betul makan. Memang hancur diet. Haha. Nasib baik bukan diet kira kalori. Kalau tak, memang tak lepas terus.
Ramadhan dah nak masuk. Tinggal lagi 7 hari kan? Farah rasa tak sabar nak tunggu bulan puasa. Waktu bulan puasa lah nak reset semula badan, pemakanan, dan waktu tidur.


Berpuasa juga salah satu cara untuk detox badan selain menurunkan berat. Sistem pencernaan badan kita akan jadi lebih sihat bila berpuasa. Bukan muslim je berpuasa kan? Agama lain pun ada mengamalkan berpuasa.



Biasalah bila dekat nak puasa ni mesti rasa nak buat makan-makan. Jadi kami semua satu klinik cadang nak keluar makan sama-sama waktu rehat. Kenapa waktu rehat? Masa tu nje senang nak berkumpul semua orang. Kalau buat malam, ramai pula yang tak dapat datang. Tapi kali ni pun tak cukup 2 orang.



Kami plan nak makan Kenny Rogers sebab sekarang tengah ada promo. Ada beberapa jenis promo yang depa buat. Kami pilih nak makan set Wow! RM 11. Promo untuk Wow! RM 11 ni berlangsung 7 hari je. Dari 15 Mei hingga 21 Mei.



Set Wow! RM 11 ni ada 1/4 ayam dan 2 side dish. Side dish dia pandan muffin dan nasi. Sos ayam pula sos cheese. Tapi waktu makan farah tak rasa sangat cheese hehe.

Muffin pandan dan coklat
Muffin tu boleh je tukar. Farah ambil muffin coklat. Dah suka yang tu je. Tapi farah ada rasa sikit muffin pandan orang lain punya. Sedap juga. Muffin pandan lebih lembut dari coklat. Kalau yang coklat padat dan berat sikit.


Set ni tak termasuk air. Tak order air pun takpe. Farah tak order air, pau air orang lain hehe.

Ni farah punya. ayam, mac and cheese
Ayam dan pasta salad
Waktu kami pi sana, nasi cuma ada cukup untuk 2 orang sahaja. Yang lain tak dapat nasi. Laku betul promo ni ye.  Jadi kami pilih side dish lain untuk gantikan nasi. Farah ambil mac and cheese.
Ni ha nasik. 2 orang je dapat.
ayam, salad buah, mashed potato





Nampak macam sikit je, tapi bila habis makan boleh tahan juga kenyangnya hehe. 

4 comments:

  1. Wow! Eyja dah lama tak mai Kenny. Menggiurkan betul salad buah dia!!!

    www.blogeyja.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulll.. selalu juga ambil salad buah dia bila pi sana hehe

      Delete
  2. Aduhhh... tempting tengok gambar... lama dah tak makan kenny rogers..

    ReplyDelete
  3. mcm nak start enjin terus ke kenny rogers je. tak ada promo takpe yg penting dapat makan mcm kat dlm gambar tu xD

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign