21 May 2017

Lauk Kegemaran Berbuka Puasa || Resepi Telur Masak Merah

Menghitung hari nak puasa. Rasa excited weh. Dulu masa kecil tak suka betul puasa. Sampai bulan puasa je mesti sedih sebab kena tahan makan haha. Dah tua bangka ni baru la tahu nikmati puasa. Sampai tertunggu-tunggu.

Akhir-akhir ni farah tengok ramai orang kongsi resepi berbuka, resepi biskut raya (puasa pun belum haha), dan resepi sahur. Ha, resepi sahur pun ada tau. Jangan memain hehe.

Untuk orang bekerja pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang macam farah ni, waktu berbuka memang farah suka masak lauk yang simple. Tapi simple pun, yang penting hubby suka. Hehehe. Kalau hubby tak makan, buat ape masak.

Lauk paling senang mesti lah lauk telur. Kami dua-dua suka telur. Resepi paling senang punya. Confirm barang semua ada kat dapur. Hehe. Jom cekidout.

TELUR MASAK MERAH @ SAMBAL TELUR
OLEH: Farah Sanusi

BAHAN-BAHAN
6 biji telur (direbus dan dikupas kulit)
1 biji bawang holland
3 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
7-10 cili kering (direndam dan dibuang biji)
1 sudu besar sos tiram

CARA-CARA
1. Panaskan minyak. Goreng telur yang sudah dikupas kulit. Ketepikan.
2. Blend bawang holland, bawang merah, bawang putih bersama sedikit air.
3. Blendkan cili kering bersama sedikit air. (nak blend sekaligus ngan bawang pon boleh)
4. Tumis bahan 2 sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan 3. Kacau rata
5. Masukkan sos tiram. Kacau.

6. Masukkan telur. Kacau hingga sebati dengan kuah. Siap!!

Nak masak resepi ni kejap je. Nak rebus telur tu yang leceh sikit. Rebus telur pun boleh overcook tau. Kalau korang tengok telur kuning ada hijau sikit bahagian luar dia, maksugnya overcook lah. 
Nak senang rebus telur, beli je Egg Boiler kat Lazada ni ha. Senang. Sekali rebus pun boleh rebus banyak sebab dua tingkat. 

Lazada tengah ada sale Marhaban Ya Ramadhan dari 19 Mei -15 Jun. Riang Ria Raya pulak dari 19 Mei hingga 30 Jun. Flash sale pun ada tau. Jangan lupa buka web Lazada tau. Harga murahhh. 

Selamat Mencuba!

12 comments:

  1. Sedapnya farah. Memang best dpt makan masa berbuka.

    Wah bestnya kalau dpt beli egg boiler tu.mudah keje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli la satu. farah beli dah haha

      Delete
  2. waw look tempting sangat...feveret jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah yang masak pun terliur haha

      Delete
  3. Lama x buat telur masak merah.. tp rasa cm nk makan telur kari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, lea ni. farah pun dah rasa nak makan telur kari hihi. nanti farah try buat.

      Delete
  4. Sedapnya sambal telur. Feveret ni tapi suka ratah2 gitu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ratah pun sedap. Sebelum ni pernah makan dengan roti sebab nak habiskan roti hehe. Buat macam sandwich

      Delete
  5. simple..sesuai utk org bujang2..hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuaiii. Unni cuba lah buat hehe

      Delete
  6. kalau tak nak guna telur rebus boleh ganti dengan telur goreng kan. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehh. Sama je resepinya. Terpulang nak macam mana hehe

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign