9 May 2017

Pengalaman Hilang Pasport di Korea


Pengalaman Hilang Pasport di Korea || Entri pertama nak cerita pasal pasport dulu hehe. Mungkin ada yang dah tahu pasal farah dan hubby hilang pasport masa kami ke Korea minggu lepas. Pasport kami hilang selepas 1 jam sampai ke Korea.  Farah belum cerita lagi kat sesiapa macam mana pasport kami boleh hilang. Ni baru lah nak bercerita.

Kami sampai di Incheon International Airport pukul 8.20 pagi waktu Korea. Sampai di sana, Atul tour guide kami whatsapp kami untuk beritahu dia dah tunggu di gate. Lepas ambil beg, stroller semua kami terus pi cari atul.

Lepas jumpa, farah dan hubby minta izin nak bagi susu untuk medina dulu. Dalam flight dah terlepas waktu minum sebab medina tidur.  Sambil-sambil, atul briefing sikit apa aktiviti kami untuk hari tu.

Perjalanan dari Incheon International Airport nak ke Shinchon Hostel mengambil masa 1 jam dengan bas.  Dekat sini bus airport diaorang panggil limousine. Farah tak tahu lah cuma kat airport sini atau satu Korea panggil macam tu haha.

Lepas sejam kami sampai di hostel, check in bilik. Dapat bilik tingkat 6. Nasib baik lah ada lif. Kalau tak pancit lah nak dukung medina sambil panjat tangga. Hihi.

Atul bagi masa untuk rehat dalam 45 minit. Nak mandi boleh lah sebab perjalanan nak sampai dah dekat sehari. Kami mandikan medina dulu. Orang besar tak mandi takpe haha.

Dah siap-siap nak turun, hubby cek balik beg dia,

“Pasport ngan ara kan?”

“Eh, takde. Ara tak pegang.”

Masa ni memang berderau darah. Berdebar tok sah cakap. Habis kami punggah beg cari beg pasport kami.

Pasport kami bertiga ada dalam satu beg pasport kecil yang farah beli. Dalam tu ada 3 pasport, 3 kad pengenalan dan duit Korean won bernilai RM 2K.

Semua harta yang bawak ke Korea hilang.

Hubby lari turun kat ground floor nak cari di stroller kot-kot ada terselit. Stroller kami tinggal di lobi je, depan kaunter.

Farah dalam bilik sambung cari dalam beg. Kepala dah memang tak fokus. Medina masa ni tengah gembira berlari-lari dalam bilik. Kejap-kejap dia mai peluk farah. Rasa bersalah sangat sebab tak dapat nak layan dia dok main.

Masa ni farah fikir, mati la kami kena dok Korea, tak boleh balik Malaysia dah. Nak kena resign kerja lagi. Haha. Bila fikir balik macam malu pulak.

Farah cuba bertenang dan fikir balik bila kali terakhir nampak pasport tu.  Hubby naik balik lepas cari pasport kat stroller. Tak jumpa jugak.  Hubby dah bagitau atul pasal pasport hilang. Lepas tu kami turun bawah.

Bila farah fikir balik, baru lah farah ingat, akhir sekali farah yang pegang beg pasport tu lepas keluar imigresen. Farah hulur kat hubby masa nak bagi medina susu di airport. Lepas tu hubby simpan dalam beg galas dia. Kami tak buka beg tu sampai lah dalam bas waktu farah minta powerbank.

Dalam memori farah, farah tak ingat pun ada nampak beg pasport tu dalam bas. Tapi farah ingat hubby ada pesan jangan bagi medina main beg pasport tu takut hilang. Hehe.

Bila kami dah confirm kat mana beg tu hilang, atul telefon orang di airport untuk buat report. Bas yang kami naik tu memang bas airport. Jadi bila ada masalah, kami kena berurusan dengan airport bukan pihak bas untuk selesaikan. Mujurlah atul ingat bas yang kami naik tu pukul berapa, jadi boleh tahu bas yang mana satu mengikut jadual.

Lepas buat report, kami cuma boleh tunggu orang airport contact atul semula untuk maklumbalas. Tapi tak tahu bila akan dapat maklumbalas.

Sementara tu atul tanya kami, nak jalan-jalan atau nak rehat je. Farah jawab jalan je lah sebab kalau dok diam pun sama je. Kalau ikut itinerary kami akan ke Itaewon pagi tu.

Sampai kat Itaewon, atul bawa kami makan dulu. Rasanya farah je yang makan banyak haha. Medina meragam sebab mengantuk. Dalam flight waktu malam sebelumnya medina tak tidur sangat. Mungkin sebab tak selesa.

Lepas hubby dodoi medina, barulah hubby join kami makan. Tapi hubby pun makan berapa mulut je. Atul kata ni kali pertama dia makan tak habis hahaha. Punya lah bimbang kat kami. Kesian atul. Makanan yang tak habis kami bungkus, simpan untuk makan malam.

Lepas makan, kami ke Itaewon Mosque untuk solat. Sepanjang berjalan-jalan ni atul memang dengan telefon je. Telefon sana sini.

Farah dengan atul solat dulu, lepas tu baru lah hubby solat. Sujud lama-lama, doa minta jumpa balik beg pasport kami. Duit hilang pun tak pe lah. Asalkan dapat balik pasport dan kad pengenalan.  

Atul kata hari esoknya, pagi-pagi kami perlu ke Malaysia Embassy untuk buat laporan hilang pasport kalau tak jumpa jugak hari ni. Kami tak perlu risau untuk balik Malaysia kalau tak ada pasport. Embassy akan uruskan.

Lepas farah solat, farah pi kat hubby untuk ambil medina. Farah pesan kat hubby suruh solat hajat sekali. Tengok hubby nak senyum pun dah tak boleh. Muka dah tak ceria dah.

Sementara tunggu hubby siap solat, teman medina main stroller. Atul dok cakap telefon. Lepas tu atul datang kat farah dengan muka tenang,

“Ok kak….Pasport dah jumpa.”

Ya Allah masa ni rasa nak korek telinga kot-kot salah dengar. Nak menangis pun ade. Tak tahu nak cakap macam mana gembiranya dengar atul cakap dah jumpa.

Hubby siap solat, terus farah bagitau berita gembira. Masa ni baru lah muncul semula senyuman hubby ceewah. Hehe.
Itaewon Mosque. Waktu ni dah dapat berita gembira.
Untuk dapatkan balik pasport tu, kami kena ke airport dengan Shahirah. Shahirah ni pun tour guide juga. Dia ada telefon dan berurusan untuk dapatkan pasport kami. Sebelum pi airport kena pi jumpa shahirah dulu sebab dia tengah bawa guest jalan-jalan.
Kami ke Deoksugung Palace, jumpa shahirah di sana. Lepas ni naik teksi ke airport. Dari airport naik teksi lagi ke tempat parking bas.

Alhamdulillah.
Dapat balik beg pasport kami lengkap dengan pasport 3 orang, kad pengenalan dan duit semua sekali. Diaorang kata, kalau hilang kat Malaysia, memang tak jumpa balik dah.

Pasport kami jumpa balik dalam masa 6 jam lebih je. Farah ngan hubby tak tahu nak cakap macam mana betapa kami berterima kasih dengan atul dan shahirah sebab bertindak pantas.

Rasa bersalah juga dekat guest yang shahirah bawa. Sebab kami, jadual depa kacau huhu.


Apa-apa pun, ni pengalaman yang kami dapat masa melancong. Pengalaman pahit sekarang dah jadi manis hehe. Lain kali kena lebih alert. Terutama bila bawa budak, barang banyak sangat sampai terlepas pandang.



baca sini:

Bercuti di Korea || Day 1
Bercuti di Korea || Day 2
Bercuti di Korea || Day 3


13 comments:

  1. Betul tu.bila travel ni kena banyak alert..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. Kalut macam mana sekali pun still kena alert

      Delete
  2. Ya allah..nasib baik jumpa hari yg sama.kalau akak mmg x leh nak pi mana2 dh...selagi x jumpa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jalan-jalan. Mostly tempat tak pakai pasport. cuma tak boleh nak shopping lah duit tak de hehe

      Delete
  3. Nasib baik pergi Korea haritu smooth je, yang dalam video tu cheese nan ke? meleleh air liur tengok

    http://tarotthefool.blogspot.com/2017/05/the-royal-ground-of-gyeongbokgung-palace.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu piza. Carbonara cheesy tteok piza. Bahagian atas je kulit piza haha.

      Memang sedap gila. Nnt kalau jumpa sulbing boleh la pi try. Ni kat sulbing lah =)

      Delete
  4. gigih baca cerita ni. hahha.. alhamdulillah semua dh jumpa.. Kalau tak mmg tak bercuti la ye.. hati x tenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. Masa tak jumpa lagi tu memang nak senyum pun tak boleh. Nak jalan-jalan dah takde mood.

      Delete
  5. Seramnya bila passport hilang. Paling penting tu kalau ke luar negara kan. Alhamdullilah. Sekejap je dah dapat passport balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Memang syukur sangat dapat jumpa balik. salah diri sendiri jugak tak cek tempat duduk sebelum turun bas.

      Delete
  6. masalah besar kalau hilang passport ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar masalah uii. Nyaris2 kena pi embassy hehe

      Delete
  7. memang menakutkan bila hilang passport...Alhamdulillah nasib baik dapat balik kalau tak mmg payah la dan mesti spoiled holiday kat sana.. ;D

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign