31 May 2017

Resepi Ketupat Sotong

Resepi Ketupat Sotong || Dah lama farah nak masak ketupat sotong, tapi farah tak buat sebab hubby tak suka sotong. Macam tak best pula makan sorang-sorang. 

Waktu kecil dulu farah tak berapa minat ketupat sotong. Mungkin sebab tak jumpa yang sedap. Tapi bila dah besar ni, selalu juga teringin makan ketupat sotong. Sejak duduk jauh dengan kampung, lagi lah kuat teringin tu. 

Farah ada terbaca orang guna sedikit dakwat sotong untuk jadikan kuah lebih hitam. Farah tak suka macam tu. Sebab farah tak tahan kalau bau sotong kuat sangat. 

Rasanya masa kecil dulu bau sotong lah yang menyebabkan farah tak suka makan ketupat sotong kot hehe. 
Resepi Ketupat Sotong
Ketupat Sotong

Sama macam selaput kulit sotong. Yang tu pun farah tak suka. Selagi mampu buang, farah buang. Gigih tak? Haha. 

Semalam staff klinik hubby ajak berbuka i rumah. Jadi sebelum pi tu farah buat lah ketupat sotong. Tak boleh la pi tangan kosong. 

Ingat nak makan lepas berbuka, sekali, tengok dah licin haha. Farah buat sikit sangat. Sotong pulak kecik molek. Sekali ngap je habis. Tak sempat la nak merasa. 

Mujur lah orang makan. Bimbang juga orang tak makan. Kot lah manis. Hehe. 

Rasanya hujung minggu ni nak buat lagi sekali sebelum pi rumah mama untuk berbuka. 

Jom buat Ketupat Sotong!

Ketupat Sotong


Bahan-bahan:
1kg sotong - bersihkan dan buang tulang. Buang gigi sotong di bahagian kepala
1 cawan beras pulut
4 keping gula melaka / nise - potong kecil supaya senang cair
200ml santan kotak
Lidi pendek/pencungkil gigi untuk cucuk
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Basuh beras pulut. Rendam kan di dalam campuran separuh kotak santan dan air. Ketepikan. 

2. Cuci sotong. Buangkan tulang, gigi dan perut. Farah buang kulit yang hitam tu sekali sebab tak suka. Boleh je biarkan. 

3. Masukkan beras pulut ke dalam sotong. Isi sehingga ⅔ penuh. Jangan penuh sangat sebab takut terburai bila masak atau beras tak cukup masak. 

4. Letak kepala sotong yang dah di bersihkan tadi. Cucuk dengan 2 batang lidi secara bersilang supaya lebih kemas dan tidak terbuka. 

5. Masukkan sotong ke dalam periuk. Panaskan lebihan santan dan sedikit air agak-agak sotong tenggelam. Masukkan daun pandan yang disimpul dan garam sesedap rasa.

6. Masak dengan api sederhana. 

7. Bila sotong dah hampir masak, masukkan gula melaka / nise. 

8. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

9. Siap dihidang!

 Resepi Ketupat Sotong
Senang kan? Cuba lah buat, makan memang puas hati kalau masak sendiri hehe. 

Bagi farah yang ni tak manis sangat. Tapi mungkin manis sikit kalau korang jenis tak tahan manis. Boleh letak sikit-sikit nise tu, rasa dulu baru tambah lagi kalau tawar. 

Tapi bulan puasa ni nasib lah kalau tak boleh merasa hehe. 

Selamat mencuba!





Baca sini:

12 comments:

  1. benda ni rasa dia manis ke kak farah? :o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah dia manis eeca. Tapi bagi farah tak manis pun haha

      Delete
  2. Replies
    1. Farah xdpt mkn haha. Sempat seekor je

      Delete
  3. Allahu, tengok saja pon nampak sedap. I would like to try! But, paling malas when it comes to the ingredients yang susah nak jumpa, like nise. Most of the groceries store I went tak jual. Stress! But anyways, thank you for the recipe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree!! Sini pun sama ssh cari nise. Bila jumpa terus beli byk2 hehe

      Delete
  4. Sedapnya.. senang je baca resepi Farah. Nak buat tu agak bercinta sikit. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tulah. Kadang2 resepi yang nak buat berlambak2 tapi tak buat

      Delete
  5. ya Allah tergugat iman hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang masak ni pun iman tak kuat😂 Haha

      Delete
  6. rabia tak suka makan ketupat sotong..my mum suka sgt lah mkn..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kecik dulu farah xsuka juga. dah besar2 ni baru suka hehe

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign