31 May 2017

Resepi Mee Rojak Keling dan Kuah Kacang

Resepi Mee Rojak Keling dan Kuah Kacang || Nak buat rojak keling dan kuah kacang ni fikir banyak kali juga. Farah ada pengalaman tak best dengan kuah kacang hehe. Tahun lepas buat kuah kacang pucat. Mujur lah rasa ok. Rupa saja kurang. 

Tapi kali ni farah berjaya buat kuah kacang yang tak pucat *shawl flip*. Hehe.

Puasa tahun ni teringin juga nak buat rojak keling. Eh, korang tahu ke rojak keling. Kalau di tempat farah dulu memang panggil rojak keling. Tapi bila tanya kawan-kawan, ada kata nama betulnya mee rojak. Ada pula yang kata rojak ayam. Mana-mana pun boleh la. Farah lagi suka panggil rojak keling hehe.
Resepi Mee Rojak Keling dan Kuah Kacang
Kalau di rumah, bila umi buat rojak keling ni, makan tak sah kalau tak tambah haha. Serius sedap. Sebab tu lah bila dok rumah berat naik laju hehe. Makan semangat sangat.

Rojak keling sebenarnya mudah je nak buat. Cuma bahannya agak banyak. Tapi bagi farah cara penyediaan dia tak lah leceh mana. Telur rebus je. Ubi pun rebus je. Timun batang dan sengkuang pula cuma potong. 

Sebenarnya farah ada sediakan bancuhan cucur. Tapi tak sempat nak goreng dah nak azan. Hehe. Lain kali buat rojak keling hujung minggu. Hari kerja suntuk sangat masa yang ada. 

Untuk ayam goreng pula, korang goreng mula-mula tu jangan potong lagi. Farah goreng ¼ dulu. Lepas dah goreng barulah potong kecil.

Jom cuba masak Rojak Keling!

Mee Rojak Keling dan Kuah Kacang


Resepi Mee Rojak Keling dan Kuah Kacang
Mee Rojak Keling dan Kuah Kacang
Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan:
500gram kacang tanah - sangai lepas tu buang kulit
2 bawang merah (pilih hat besar sikit)
3 bawang putih
10 cili kering-basuh, buang biji
gula melaka / nisey- nak manis letak banyak. potong kecil-kecil supaya senang larut
garam

Cara-cara:
1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih. Ketepikan.
2. Kisar kacang tanah bersama sedikit air
3. Panaskan minyak secukupnya. Tumis cili dan bawang yang dah dikisar sampai naik bau.
4. Masukkan kacang tanah yang dah di kisar. Kacau rata
5. Masukkan gula melaka. Kacau
6. Perasakan dengan garam



Bahan-bahan Mee Rojak Keling:
1 bungkus mee kuning
½ ekor ayam - goreng kunyit macam biasa. 
1 batang timun batang – potong halus memanjang
Sengkuang – potong halus memanjang
3 biji ubi kentang- rebus dan potong memanjang
2 biji telur – rebus dan belah dua
1 Tauhu - goreng dan potong kecil
Tepung gandum - untuk buat cucur. Lepas tu potong cucur tu memanjang.

Cara-cara:
1. Ambil sedikit mee kuning. Letak dalam pinggan. 
2. Campurkan timun batang, sengkuang, ubi kentang, telur rebus, tauhu dan cucur. 
3. Ayam digoreng besar awalnya, lepas goreng barulah potong kecil-kecil. Farah suka penyek dulu ayam sebelum potong.
4. Tambah ayam dalam pinggan tadi.
5. Tuangkan kuah kacang. 
6. Sedia di makan!


Baca sini:

6 comments:

  1. Replies
    1. Sedap eeca! Fav bulan puasa ni ;-)

      Delete
  2. dapnyehhhhh.. pos sikit kat sini... iskk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dan pos lea. Masuk perut keluar balik haha😂

      Delete
  3. husband saya mmg penggemar rojak..saya mcm kureng sikit rojak ni...makan cuma tak berapa nak gemor (bak kata orang perak)..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign