22 May 2017

Saya Seorang Addict

Dah berapa tahun. Farah pun lupa bila. Bila farah berhenti? Macam mana farah berhenti? 

Ketagihan ni banyak benda. Semua benda kita boleh ketagih. Contoh senang nak faham, ketagih gula. Senang tak nak berhenti minum air manis? Susah kan? Pi makan kat kedai mesti nak order air manis. Kalau tak mengaku jugak ketagih, cuba lah berhenti minum air manis. Minum air putih je sebulan. Tengok senang ke tak hehe. 

Farah ketagih? Ketagih apa?

Kafein.




Tapi lebih kepada nescafe.  Semuanya mula waktu tengah student dulu. 

Ok sebelum tu disclaimer dulu. Farah tak kata orang suka minum kafein ni salah ke hape. Bukanlah salah. Farah berhenti sebab badan farah dah terlalu bergantung dengan kafein. Kalau korang no problem, minum sat-sat je, bukan peminum tegar (betul ke term ni? Haha) ikut korang lah. Minum aje. Dah sedappp. 

Sambung. 

Farah jenis tidur lewat waktu student dulu. Pukul 4, 5 pagi kadang-kadang baru tidur. Tapi tu dulu lah.  Sekarang letak kepala atas bantal terus lena haha. Orang kata sebab stress, tu yang susah tidur. Tapi tak tau lah. Farah rasa sebab banyak fikir. 

Awalnya, farah mula minum nescafe 3in1 bukan sebab nak berjaga malam. Tapi sebab yang tu je murah. Nak beli milo, tak mampu lah. Farah tak sedar yang makin lama farah minum makin kerap. Mula-mula cuma 1 satchet sehari. Naik jadi 2, 3. Ada yang sampai 7 satchet sehari. Terutamanya hujung minggu. 

Sampai satu tahap, kalau tak minum nescafe, farah tak boleh tidur. Sakit kepala tak stop seminggu dua. Tangan mula  gigil.  

Teruk tak?

Farah tak ingat bila farah buat keputusan nak berhenti minum nescafe. Ntah bila yang farah sedar. 

Senang ke nak berhenti? Mesti lah susah. Susah giler. Tapi sebagai student, duit selalu tak cukup jadi agak membantu lah hehe. 

Farah cuba berhenti semua minuman yang ada kafein. Kalau boleh milo pun jangan minum. Sebab farah ada terbaca milo pun ada sikit kafein. Betul ke tak tak tau ler. Kalau salah jangan marah haha. 

Alhamdulillah. Kalau kira sekarang ni memang ok kalau tak minum kafein. Ada jugak teringin nak minum bila terbau kopi. Bau kopi dah la mengancam. Pergh. 

Meh farah kongsi sikit tips farah berhenti pengambilan kafein:

  1. Berhenti serta merta. Jangan kata esok la. Lusa la. Jangan bagi alasan. 
  2. Buang semua minuman berkafein yang ada kat rumah. Sedekah je kat orang lain. Kalau dok asrama, wakaf je dalam pantri. 
  3. Jangan pi cafe. Ni zaman sekarang ni banyak cafe hipster lah hape lah. Takpun pi cafe yang coffee art lawa-lawa. Lagi senang nak terjebak. Kalau nak pi jugak, order air lain (macam mustahil je) 
  4. Cari air fevret yang baru. Meh nak bagi cadangan. Air putih hehe. Air paling sihat. Toksah minum air hijau ka air biru ka air oren ka air pink ka. 
  5. Minta tolong tuhan. Doa lah sikit, bukan susah nak doa. Kita ni tak kuat semangat, senang sangat tergoda hihi. 

Sekian saja tips hehe. Farah bukan buat semua pun. Tapi berjaya juga berhenti. Yang penting azam kita semangat kita. Jangan lupa kenapa kita nak berhenti. Jangan lupa target. 

Sekarang minum juga kafein jarang-jarang. Tapi tak lah kerap macam dulu. 

Korang pulak macam mana? Ada ketagihan apa? 



14 comments:

  1. ketagihan tidur la. asyik ngantok je bila siang. tapi malam taknak plak tidur. kafein tak ambik pun, sbb kurang minat. hehe

    ReplyDelete
  2. Bahaya ketagihan macam nie.. sha okay je minum or tak minum nescafe.. dulu memang hari-hari nak kena minum..tapi tak celah teruk sangat.. tapi sekarang ada minum.. tak ada okay je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah sha. Mujur sekarang farah dah ok kalau tak minum.hehe

      Delete
  3. bahaya la farah.. Nnti jd cm boss lea, susah nk tido.. Kalau x pekena nes mmg meroyan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.Memang susah bila dah ketagih. Tapi kena belajar jugak stop slow-slow.

      Delete
  4. ketagih air teh...hehe..tapi boleh balance kan minum air teh & air putih..tak ada la memanjang nak air teh..kadang dah minum kat ofis secawan..kat rumah mmg minum air putih je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik ada jugak air teh hehe. Teh takpe kot?

      Delete
  5. kawan ana juga ramai ketagih kafein ini. ada kesedaran namun tiada action. tak dapek nak buat apa2.

    Omega3 untuk kesihatan ibu hamil, penyakit kardiovaskular dan nyanyuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, kalau diri sendiri tak mau ubah, kita takleh tolong hehe

      Delete
  6. nasiblah bukan penggemar jenis air yg berkafein atau yang manis ni. echa setiap hari mmg minum air putih. dah ready dalam satu botol besar. kalau tak letak dalam botol mmg payah sikit nak minum sebenarnya. mmg akan pi carik air manis hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, farah pun jenis kena usung botol baru minum air putih hehe. Tapi kadang-kadang lupa bawa air pi kerja haha

      Delete
  7. Kalau saya, lepas lunch & dinner mesti kena hadap segelas air manis especially milo. Sarapan kalau tak makan, minum milo satu gelas dah cukup huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alo yeke. Kena kurangkan sikit kot. Milo rasanya tinggi gula. Tak elok selalu. Gula pun menyebabkan ketagihan tau.

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign