28 May 2017

Testing The Cookbook || Resepi Ikan Tiga Rasa

Resepi Ikan Tiga Rasa || Alhamdulillah. Selesai sudah Ramadhan yang pertama kita. Ramai lah yang update status media sosial pakai hashtag #doneiftar, #doneterawih dan sebagainya hehe. Korang makan apa berbuka semalam? Masak ke beli kat bazaar? Farah masak ikan tiga rasa semalam hihi *mode bangga*.
Resepi Ikan Tiga Rasa
Ikan Tiga Rasa
Bulan puasa kali ni farah berazam nak masak sebulan hehe. Kecuali yang waktu balik kampung, balik rumah mama, jamuan berbuka di luar. Yang lain semua farah nak masak. Tak mau pi bazaar ramadhan tahun ni. Kuih pun nak buat sendiri kalau teringin sangat. Cewaah. Besar tak cita-cita? Hehe.

Bukannya apa, bila tak pi bazaar ni banyak kebaikannya. Eh farah tak kata orang yang pi bazaar ni tak bagus hokay. Bagus lah menyokong bisnes orang. Cuma farah sendiri yang tak nak ke bazaar sebab nak melatih diri sendiri mengawal nafsu. Bila pi bazaar, tengok makcik susun kuih muih berderet-deret, sape tak terliur? Betul tak? Selain nak mengawal nafsu, boleh juga jimat duit belanja sikit kan.

Hari pertama puasa ni semangat sikit nak masak. Masak lah mewah sikit hehe. Hubby kata masak ikan pula lah. Dah selalu sangat masak ayam.*padahal dia yang suka sangat ayam* Dia request ikan tiga rasa.


Resepi Ikan Tiga Rasa

Resepi Ikan Tiga Rasa
Resepi asal
Bahan-bahan A:
1 ekor ikan bawal atau ikan siakap
1 sudu makan tepung jagung - untuk salut ikan
3 biji bawang merah - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
minyak bagi menggoreng ikan

Bahan-bahan B (sos)
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan air
1 susu teh gula

Bahan-bahan C (hiasan)
1 pokok daun bawang - dipotong pendek
2 cili merah - dihiris
2 cili hijau - dihiris
2 biji tomato - belah 4. Farah tak letak

Cara-cara:

1. Sapukan tepung jagung disekeliling ikan.
2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi. 
4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api. 
6. Curahkan kuah sos di atas ikan.


Komen Farah
Resepi Ikan Tiga Rasa
Ikan Tiga Rasa
Resepi ni simple, senang nak ikut. Untuk ikan tu sebenarnya korang boleh je guna ikan lain. Kalau tak suka siakap, boleh guna ikan lain. Farah guna siakap, tapi satu potong je sebab besar sangat. 

Rasa dia sedap. Memang rasa masamnya. Manis pun cukup tak lebih-lebih. Kalau tiga rasa tu masam manis pedas ye? Yang ni tak ada rasa pedas hehe. Mungkin tak cukup cili? Tapi farah suka lah sebab tak pedas.

Ikan Tiga rasa yang farah buat nampak lebih kurang dah dengan dalam buku. Lulus! *sendiri bagi lulus*

Bahan-bahan nak masak ikan tiga rasa ni nampak je banyak. Sebenarnya sikit je. bahan hiasan tu tak letak takpe. Tapi kalau nak jamu mertua, letak ler. Nampak ala chef sikit kan. Hihi. 


Tak ada idea nak masak apa hari ni? Jom masak Ikan Tiga Rasa!




Baca sini:

2 comments:

  1. sedapnya kak farah. my fav ni ikan tiga rasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat lah eeca. Sedap tau. Menyesal masak sikit haha. Patut beli ikan banyak lagi.

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign