29 May 2017

Testing The Cookbooks || Resepi Singgang Ikan

Resepi Singgang Ikan || Waktu kecil-kecil dulu singgang ikan memang lauk kegemaran farah. Bila umi masak singgang ikan, makan mesti menambah-nambah. Farah biasanya makan dengan kicap sekali *species hantu kicap*. Sedapppp. 
Resepi Singgang Ikan
Singgang Ikan
Singgang ikan ni biasanya orang guna ikan tongkol kalau tak silap. Masa kecil farah suka ikan kembung. Dah besar ni suka juga lah singgang ikan tongkol.

Bila duduk rumah jauh dari umi abah, selalu juga ada teringin nak makan itu ini. Biasanya teringin nak makan makanan waktu kecil dulu.

Contoh macam ni ah. Teringat singgang ikan yang umi buat dulu. Tu yang buat sendiri tu. Hehe.  

Dulu farah tak tahu ada singgang warna kuning. Sebab rasanya selalu makan umi buat putih je kuahnya. Ikut negeri ke warna singgang ni? 

Kalau ikutkan rasa, tak de beza sangat pun rasa singgang putih dan singgang kuning. Bagi farah lebih kurang je. 

Jom masak Singgang Ikan!

Singgang Ikan

Resepi Singgang Ikan
Resepi asal
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol
 3 ulas bawang putih – dimayang
1 inci lengkuas  - dihiris nipis
1 inci kunyit hidup – dihiris nipis
5 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
7 biji cili api

Cara-cara:

1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan kedalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendidih.
4. Sedia dihidangkan.

Komen farah
Resepi Singgang Ikan
Farah suka resepi yang campak semua dalam periuk lepas tu biar je dia masak. Sambil-sambil tu boleh masak lauk lain kan? Hehe.

Singgang seperti biasa, tak menghampakan. Farah suka singgang sebab masam-masam sikit. Hehe. Selera nak makan.  Nak meratah pun best kalau singgang hehe. 

Farah guna 4 ekor ikan kembung. Sebab nak bagi medina makan ikan. Isi ikan tongkol takut keras sangat untuk dia. 4 ekor tu cukup lah untuk 2 ekor sorang farah dan hubby. 

Resepi ni sesuai untuk beginner. Sebab tak perlu banyak pemerhatian, tak banyak langkah-langkah nak masak. 

Korang masak apa hari ni? Jom cuba Singgang Ikan!




Baca sini:


8 comments:

  1. Akak pun suka masak macam ni...sedap jer selera makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak? Simple tapi selera. Hehe

      Delete
  2. kalau ditambah dengan sambal belacan dan ulaman,huiiih..mau menambah ni farah

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuuuh.. kalau yang tu lagi lah menambah

      Delete
  3. Miza pun masak singgang ne letak bendi sikit lagi perghhh tak payah masak sayur dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah tak pernah lagi letak bendi. Next time kena letak ni. Bendi pun fav jugak hehe

      Delete
  4. Wah..sdap ni..menu diet. Cik nor dtg bw pg 4 ramadanšŸ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ni cik nor. Menu nak cepat kekeke.

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign