20 Jun 2017

Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi

Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi || Sebelum ni farah ada kongsi pengalaman berbuka puasa di Hotel Bella Vista Langkawi. Kali ni nak kongsi pula pengalaman kami berbuka di Hotel Seaview Langkawi.

Tahun yang lepas, kami buat majlis berbuka puasa klinik di Hotel Seaview. Waktu tu medina kecik lagi. Farah ingat, makanan waktu tu memang sedap. Kebanyakan yang farah ambil, mesti habis hehe.
Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi
Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi
Kali ini farah pi sebab farah teringin nak makan kambing golek. Selepas berbuka di Bella Vista, kempunan pula nak makan kambing golek. Hari tu makan tak puas sebab daging tak masak.  

Lepas tu masa kami berbuka dengan staf klinik hubby, makan nasi arab. Ya Allah sikit sangat nasi dia. Nasi arab kan kuantiti banyak? Farah rasa baru suap 3-4 mulut dah nak habis. Nasi macam sama banyak dengan ayam haha. Sedih wei. Dah la kita suka nasi arab. 

Disebabkan dua kali kecewa, farah ajak hubby berbuka dekat Hotel Seaview sebab tahun sebelumnya kami makan disana puas hati. Terutamanya kambing golek hehe. 

Alang-alang nak pi, farah ajak sekali kak fiza dan kaali  yang kerja satu klinik. Kebetulan pula suami kak fiza sampai sabtu dari Sarawak. Alang-alang berbuka je kat hotel. 

Nak pi makan kat hotel ini lebih baik tempah dulu. Takut orang ramai. Kaali yang tolong tempah. Dia semangat bab-bab makan ini hehe. 

Tapi malangnya hari sabtu tu kaali tak ada sebab terpaksa balik seberang. Ada saudara yang sakit katanya. Jadi nik yang ganti tempat kaali. 

Hari tu farah pi lewat sikit. Kak fiza sampai dulu. Dia cakap tak ada orang pun kat hotel haha. Nak makan kambing seekor pun boleh sangat. 

Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi


Tahun ini susunan buffet tak sama. Lebih kecil kawasannya berbanding tahun lepas. Benda pertama farah pi ambil, kambing lah hehe. Farah ambil 2 piring siap-siap. 
Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi
Perrgh. 

Puas hati makan kambing golek sini. Kuah blackpepper dia sedap. Bertambah-tambah rasa sedap kambing golek hehe. 
Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi
Lepas ambil kambing, farah pi kutip-kutip makanan yang lain. Makanan utama kat sini nasi. Nasi putih ada, nasi bukan putih pun ada hehe. Lauk tak sama setiap hari. Hotel dah sediakan jadual lauk yang berbeza. Baru lah tak bosan kan? Kami dah pilih lauk yang kami nak sebelum pi. Kebetulan sabtu tu makanan yang kami suka. 
Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi
Farah ambil juga char kuey tiaw satu pinggan. Kongsi je dengan hubby. Hubby rasa dulu lepas tu dia kata tak sedap sebab ada rasa kerang. Hubby memang tak suka kerang. Farah tak lah suka sangat, tapi boleh makan juga. Tapi bila farah rasa, terus tak boleh telan. 

Haha. Tak tahu rasa ape. 

Tahun lepas char kuey tiaw sedap gila. Berbeza pula dengan tahun ini ya. Last sekali kami tak makan habis pun char kuey tiaw tu. 
Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi
Satey pun kurang sikit tahun ini. Hubby makan 3 cucuk je. Ha, 3 cucuk tu sikit tau. Kalau tak, bercucuk-cucuk dia makan. 
Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi
Mee Kari pun ada. Tapi sayang kuah dia rasa udang kering kuat sangat. Farah tak boleh telan. Makan dua mulut lepas tu tak boleh tahan.

Tomyam sup putih pun ada. Tapi farah tak ambil. Kak fiza kata kurang sikit rasanya. Farah tak tanya pula kurang tang mana hehe. Kak fiza kata dia lebih suka tomyam biasa berbanding tomyam putih. Mungkin sebab tu. 
Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi
ABC dia sedap! Kalau belum kenyang, farah pi ambil kali kedua. Mujur waktu tu dah kenyang. Hubby pun ambil juga, farah makan hubby punya sekali hehe.
Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi
Ni hubby punya. 
Lepas siap makan, kami pi solat. Kali ini kami tak nak sambung makan lepas solat. Senang sikit. Solat dan terus balik. 

Dulu surau terletak di tingkat 1. Tapi tahun ini di tingkat 2. Sebenarnya bukan surau. Tapi dewan hehe. 
Buffet Ramadhan Hotel Seaview Langkawi
Yang tak bestnya, tirai penghadang antara lelaki dan perempuan lahai kecik. Kami perempuan ini nak bukak tudung, nak pakai telekung, pastu nak bukak balik telekung, nak pakai tudung. Dah kalau terbuka macam mana nak bukak tudung. 

Last sekali buka dan pakai tudung siap-siap dalam tandas. Dalam surau dah tak perlu buka tudung. 

Tapi dewan solat tahun ini ok sikit dari tahun lepas sebab ada aircond. Tahun lepas dewan solat tak ada aircond. Peluh menitik-nitik. 

Farah rasa tahun depan farah pi lagi Hotel Seaview untuk berbuka hehe.



Baca sini:

Baca Selanjutnya »

19 Jun 2017

Medina boleh sebut!

Dah 2 hari tak update blog. Bajet-bajet busy kerja hehe. Draf nak post saja berlambak. Tapi sampai sudah tak post lagi.

Minggu ni dah minggu akhir Ramadhan. Staf pun dah ramai yang cuti. Nak kerja dah takde mood  dah haha. Ni pun farah gigihkan juga. Tapi hari-hari tengok calendar, dok mengira bila nak  balik kampung.

Sebelum ni farah selalu cerita pasal medina suka panggil abah dia je. Tak pernah lagi dia panggil ‘ummi’. Tapi kalau fikir memang logic lah. Nak sebut ‘bah’ tu senang je. Medina selalu sebut ‘mama’, ‘ummi’ je tak pernah.

Farah selalu juga ajar medina sebut,

“Uuuuuuu-miiiiiiii”

Tapi tiap kali dia pi sebut,

“Uuuuuuuuum-bah”

Haha. Kita pun redho je lah setiap kali. 

Hari Khamis minggu lepas, kami bertiga duduk di dapur selepas balik dari kerja. Waktu tu medina nak farah dukung dia. Ha, masa ini lah mula-mula dia sebut ‘mi, mi’.

Farah tak perasan mulanya. Lepas hubby bagitau baru perasan. Hehe.

Lepas-lepas tu, bila medina nak farah baca kan buku, dia bawa buku dan hulur sambil cakap ‘mi, mi’.

Terharu.

Farah ingat lambat lagi medina nak pandai sebut ummi. Walaupun belum lengkap tapi bunyi dah ada lah hehe.

Ada orang kata anak dia bila umur 2 tahun baru boleh sebut ummi. Rasanya sebut ummi memang susah sikit.

Baby korang bila mula panggil? Cuba kongsi sikit hehe.



Baca Selanjutnya »

16 Jun 2017

Akhirnya Tumpas Dengan Godaan

Sebelum mula bulan ramadhan, farah pasang niat, pasang azam tak mau pi. Memang kuatkan hati nak istiqamah. Tahun sebelum ini memang tak pernah tak pi. 

Tapi.

Semalam kalah jugak. Pi jugak bazaar ramadhan hehe. Sebab apa pi? 

Semalam klinik kesihatan ada kacau bubur lambuk. Depa tapau siap-siap untuk staf pergigian sekali. Farah pun dapat juga lah. Dah dapat bubur lambuk, terus rasa malas nak masak hehe.

Farah bagitau hubby yang farah tak masak sebab dapat bubur lambuk. Lepas tu hubby kata nak pi bazaar lah kalau tak masak, sebab nak beli lauk. Bubur lambuk kan takde lauk. 

Agak dah sebenarnya. Hubby tak suka sangat bubur lambuk. Rasanya tak pernah lagi dia makan. 

Farah pun bukan lah nak kata suka gila. Tapi dah lama tak makan. Lagipun, lain negeri, mesti lain cara masak bubur kan?

Farah tengok bubur yang farah dapat tu, rupanya macam bubur asyura kedah. Bau pun macam bubur asyura. Farah suka bubur asyura kedah. Sedap. Tapi bubur ini pekat sikit dengan selera farah. 

Jadi balik rumah tu, farah masak balik untuk cairkan sedikit bubur farah. 

Sedap! Sebab rasa macam asyura haha. Takde lah 100% macam asyura, tapi lebih kurang. 

Hubby tak makan langsung bubur lambuk. Makan nasi  putih je dia. 

Oh semalam waktu pi bazaar, farah tengok lengang je kat sana. Farah pi bazaar yang dekat dengan rumah. Bazaar Ramadhan Padang Matsirat. Hubby kata biasanya jalan jem. Nak masuk parking pun lama. Tapi semalam kami pi, ok je, tak payah beratur nak cari parking. Hehe. 
 
Kami pusing kat setiap kedai. Mula-mula usya dulu nak beli apa. Sambil pilih kedai mana nampak sedap, kedai mana murah hehe. Korang pun mesti buat macam ini kan? Hehe.

Lain lah kalau ada kedai yang dah terkenal, yang semua orang tahu sedap atau murah. 
 
Contohnya, di bazaar ramadhan Padang Matsirat ini, ada kedai nasi kandar yang terkenal. Farah pun baru tahu sebab hubby bagitau hehe. Tapi kalau tengok memang kedai ini orang beratur panjang. Mujurlah farah tak teringin nak makan nasi kandar semalam. Kalau tak, beratur sekali kot hehe. 

Apa yang farah beli?

Lepas dah pusing semua. Kami patah balik ke kedai yang kami dah pilih. Beli tak banyak sangat, tapi kalau kira duit, banyak juga habis hehe. 

Ayam goreng KFC RM 10
Nona manis RM 2
Roti john RM 4
Donut RM 2

Semua sekali RM 18. Banyak juga tu bagi farah hehe. Kami pi beli lauk je. Nasi putih masak sendiri kat rumah. Asalnya farah nak beli paru goreng sambal. Waktu duk kat kedai tu, tengok makcik tengah bungkus untuk pelanggan sebelum kami. Farah tengok sikit sangat paru yang dapat untuk RM 3. Terus tak jadi beli. 

Fuhhh, rasa macam tak nak pi dah. Tapi tak tahu lah minggu depan macam mana. Kot-kot minggu terakhir puasa, malas nak masak hehe. 






baca sini:
Baca Selanjutnya »

15 Jun 2017

Resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers || Minggu lepas farah ada buat ayam panggang ala kenny rogers. Resepi yang farah guna ini resepi yang viral di facebook. Ramai betul orang share. 

Farah cari nama tuan punya resepi asal tapi tak jumpa. Yang jumpa cuma resepi ini asal dari otai malaya. Nama group atau nama orang, farah pun tak tahu.
Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Asalnya hubby minta buat ayam golek. Memandang kan oven kami ada batang golek ayam, boleh lah kalau nak buat ayam golek. Tapi sebab tak pernah cuba lagi golek ayam, farah takut tak jadi. Nanti kang tak ada lauk nak berbuka. Naya. 

Jadi farah buat lah ayam panggang ini. Alhamdulillah sedap. Hubby suka. Dia kata lain kali buat lagi. Hehe. Resepi ini kalau nak ratah saja pun ok. Tak perlu buat lauk. 

Jom masak ayam panggang ala kenny rogers!


Ayam Panggang ala Kenny Rogers 


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - farah kerat 4. Senang nak asing untuk sahur.
1 sudu teh garam
1 kiub pati ayam
2 inci halia
3 batang serai
4 ulas bawang putih
4 sudu makan lada hitam - ditumbuk
4 sudu makan madu
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan minyak zaitun - farah tak letak sebab takde.

Cara-cara:
1. Basuh dan cuci ayam. Terpulang lah ayam nak kerat dua atau empat. Resepi asal dia belah je.

2. Kisar serai, kiub pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air sampai lumat dan sebati.

3. Campurkan bahan kisar, madu, lada hitam, sos tiram, dan garam dalam mangkuk. Gaul sebati. 

4. Gaulkan bahan perapan dengan ayam biar rata.

5. Perap dalam peti sejuk minimum 4 jam. Farah perap 1 hari hehe. Harini sediakan, esok baru bakar. 

6. Untuk bakar, panaskan oven dulu 10 minit. Guna api atas bawah. Resepi asal guna 200’C 35-40 minit. Farah bakar 160’C 1jam. 
Ayam Panggang ala Kenny Rogers 
Sedappppppppppppppppp!

Bahan perapan dia memang masuk sampai isi ayam hehe. Nak lagi best, cucuk dada ayam dengan garpu sebelum perap. Bertambah-tambah lah rasa perapan hehe.

Rasa dia macam mana?

Rasa memang bukan rasa ayam kenny rogers. Cuma cara masak yang macam kenny rogers kot. Kulit ayam jadi nipis, tak ada lemak langsung sebab bakar lama. Ayam pun masak elok, senang nak carik-carik dari badan ayam. Rasa perapan ini farah rasa macam satey atau rendang hehe. Ok lah sebab sekarang tengah mood nak raya kan.

Untuk suhu bakar, terpulang lah korang pakai berapa. Oven farah kalau pakai 200’C tu nanti ayam hangit tapi tak masak. Dulu pernah buat ayam bakar hangit. Jadi farah kurangkan suhu dan tambah masa membakar. 

Selamat Mencuba!


Baca sini:

Baca Selanjutnya »

13 Jun 2017

Resepi Sup Sawi Kosong

Resepi Sup Sawi Kosong || Hari tu farah ada buat ayam panggang. Tak ada idea nak masak apa untuk kuah. Ayam panggang kan tak ada kuah? Hubby kata buat sup sayur je lah. Teringat pula masa berpantang lepas bersalin dulu selalu makan sup sayur. Sebab malas nak buat mewah-mewah, buat la sup sawi kosong ini hehe. 
Resepi Sup Sawi Kosong
Sup Sawi Kosong

Dulu farah tak makan sawi. Kalau ada sawi dalam mee goreng, satu-satu farah kutip buang. Sebabnya farah ingatkan sawi tu pahit. 

Baru farah tahu rupanya sawi ada banyak jenis. Yang farah tak suka tu pak choy hehe. Tak suka part putih dia. Sawi cina pun kurang gemar. Sawi hijau je farah makan. Lepas dah kenal sawi hijau, baru lah farah makan sawi dalam mee goreng. Sedap rupanya sawi hijau ini hehe. 

Sup sawi ini kalau ratah pun sedap. Cara masakan sihat, jadi sesuai untuk orang yang tengah diet. Diet pun kena makan sayur banyak. Makan lah sawi, kan bagus makan sayur hijau. Tak payah-payah beli supplement hehe. 

Jom masak sup sawi kosong!

Sup Sawi Kosong


Bahan-bahan:
2 pohon sawi - potong panjang
½ batang lobak merah -  di hiris 
2 biji bawang merah kecil -  di hiris
1 ulas bawang putih -  di hiris
1 sudu lada hitam- ditumbuk
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan lada hitam. Kacau sebentar.
3. Masukkan air. Tunggu menggelegak. 
4. Masukkan sawi. Masak sehingga sawi hampir masak kemudian masukkan lobak merah. 
5. Perasakan dengan garam. 
6. Sedia di hidang.
Resepi Sup Sawi Kosong 
Senang jeee. 

Ini resepi paling cikai la kot. Kalau tak ada lobak merah, letak sawi je lah. Hehe. kalau nak lebih sikit boleh tambah telur, udang, fishball. Tapi dah tak jadi sup sawi kosong dah la kalau tambah hehe. 

Selamat Mencuba!



Baca sini:


Baca Selanjutnya »

11 Jun 2017

Resepi Cencaru Sumbat dan Air Asam

Resepi Cencaru Sumbat dan Air Asam || Semalam farah teringin nak makan ikan bakar cicah air asam. Rasa macam nak bakar ikan pari, tapi hubby tak suka ikan pari. Nak makan sorang nanti tak habis pula. Jadi farah buat keputusan buat ikan cencaru bakar. Jadi lah cencaru sumbat dan air asam.

Mula-mula ingat nak bakar kosong je ikan cencaru tu. Tapi macam bosan je kan bakar kosong. Jadi farah cari lah resepi cencaru sumbat. Farah pun tak pernah buat lagi cencaru sumbat. Resepi yang farah gunakan dari azie kitchen.
Resepi Cencaru Sumbat dan Air Asam
Cencaru Sumbat dan Air Asam
Kalau tak silap ikan cencaru sumbat ini kalau nak goreng pun boleh. Farah rasa pernah terjumpa resepi orang goreng. Tapi terlupa pula di mana. 

Untuk memanggang, farah guna pemanggang ajaib. Tapi farah balut dulu ikan dengan aluminium foil. Farah balut sebab tiap kali farah bakar ikan, mesti melekat dekat pemanggang. Tak tahu kenapa. Bila nak pusing ikan mesti ikan hancur. Tak ada rupa habis haha. Kalau tengok orang lain balut ikan guna daun pisang atau daun kunyit. Tapi sebab farah tak ada daun pisang, pakai foil je lah. 

Untuk air asam pula, farah dapat resepi dari blog pipsterian. Nampak sedap air asam dia. Mudah pun mudah. 

Jom buat ikan cencaru sumbat dan air asam!

Cencaru Sumbat dan Air Asam


Bahan-bahan Cencaru Sumbat: 
4 ekor ikan cencaru - cuci dan belah belakang
5 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 batang serai
1 inci halia
Sedikit belacan - bakar sedikit
1 asam keping
Gula
Garam

Cara-cara:
1. Tumbuk serai, halia, bawang putih dan bawang besar.
2. Tumis sehingga naik bau. 
3. Masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan belacan, asam keping, gula dan garam.
5. Masak sehingga sedikit kering dan garing.
6. Sumbat sambal yang dah masak ke dalam belakang ikan cencaru. 
7. Bakar/panggang/goreng sehingga masak. 
Resepi Cencaru Sumbat dan Air Asam
Cencaru Sumbat
Bahan-bahan Air Asam: 
½  biji tomato - untuk kisar
½  biji tomato - potong dadu
2 biji bawang merah - untuk kisar
2 biji bawang merah - potong dadu
1 inci belacan -bakar 
Asam jawa - sama besar dengan tomato
10 tangkai cili api - potong kecil. Boleh tambah atau kurangkan
1 tangkai cili merah di potong 2
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan air masak 
2 biji limau nipis

Cara-cara:
1. Bancuh asam jawa dengan 1 cawan air. Tapis kan. Masukkan ke dalam blender. 
2. Masukkan separuh tomato yang dibelah dua, 2 biji bawang merah, separuh daripada setangkai cili yang di potong dua, belacan, gula dan garam. Kisar hingga sebati. 
3. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk. Masukkan bawang merah dan tomato yang dipotong dadu, cili api dan cili merah yang lebih. Satukan semua bahan ini dalam mangkuk tadi. Gaul bagi bercampur aduk semuanya. 
4. Lepas tu perahkan limau nipis. Masukkan kulit limau sekali. .
5. Rasa dulu. Tambah garam gula mengikut kesesuaian. 
Resepi Cencaru Sumbat dan Air Asam
Air Asam
Makan dengan nasi putih panas-panas. Tak perlu kuah pun dah sedap. Hehe.

Selamat mencuba!!



Baca sini:

Baca Selanjutnya »

10 Jun 2017

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Paling Senang

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Paling Senang || Nasi goreng ayam kunyit ini salah satu makanan panas yang hubby suka. Bila tak ada idea nak makan apa, dia order ini lah hehe.

Resepi ini farah olah sendiri je. Senang je nak buat. 
Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Paling Senang
Nasi Goreng Ayam Kunyit Paling Senang
Untuk nasi, korang boleh guna mana-mana resepi nasi goreng yang korang suka. Nak cuba resepi nasi goreng planta farah pun boleh. Masuk juga dengan ayam goreng kunyit hehe. 

Kalau korang ada dada ayam dan tak tahu nak masak apa dengan dada ayam, boleh la buat ayam goreng kunyit ini. Makan dengan nasi putih pun sedap.

Jom masak nasi goreng ayam kunyit!

Nasi Goreng Ayam Kunyit


Bahan-bahan nasi goreng:
2 mangkuk nasi putih
1 bawang besar - potong dadu
3 batang kacang buncis/kacang panjang - dihiris kecil. 
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ayam:
300 gram dada ayam - potong dadu, diperap dengan kunyit dan garam 
1 biji bawang besar - mayang
2 ulas bawang putih - di hiris
4 batang kacang buncis - hiris serong
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Mula-mula kita goreng ayam kunyit dulu. Panaskan sedikit minyak. Cukup untuk goreng ayam. Kalau ayam banyak, boleh goreng sikit-sikit sampai habis semua. Ketepikan ayam yang dah di goreng.
2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan kacang buncis/kacang panjang. Goreng sehingga kacang masak.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
5. Masukkan garam dan kacau.Siap!
6. Ketepikan ayam kunyit yang telah siap. Gunakan kuali dan minyak yang sama untuk menggoreng nasi.
7. Tumis bawang besar sehingga naik bau. 
8. Masukkan kacang buncis/kacang panjang. Gaul sebentar.
9. Masukkan nasi. Kacau hingga sebati dan masukkan garam secukup rasa.
10. Hidangkan nasi goreng bersama-sama ayam goreng kunyit.
Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Paling Senang
Tadaa! Resepi paling senang nak buat. Hehe. Kuali tak payah nak tukar-tukar. 

Biasanya farah tengok orang gunakan kacang panjang untuk ayam goreng kunyit. Tapi farah guna kacang buncis sebab farah suka kacang buncis hehe. Terpulang lah nak guna kacang mana satu. 

Untuk nasi pula, korang boleh letak sayur campur kalau nak. Banyak sikit lauk dalam nasi kan? Farah nak mudah cuma letak kacang buncis yang dipotong kecil je. Nak tambah cili sekali pun boleh. Silakan.

Selamat mencuba!



Baca sini:
Baca Selanjutnya »

9 Jun 2017

Resepi Puding Karamel Kastad Tanpa Telur

Resepi Puding Karamel Kastad Tanpa Telur || Puding Karamel Kastad Tanpa Telur ini asalnya farah buat untuk beri kepada mertua farah pada hari kami berbuka di Hotel Bella Vista tempoh hari. Tapi hari kami pi tu terlupa nak bawa ke rumah mertua sebab kalut kejar masa. Esoknya barulah farah ingatkan hubby untuk bawa sebelum ambil medina selepas balik kerja. 

Farah suka puding gula hangus / karamel. Sedap. Ramai suka kan? Tapi sayangnya medina tak boleh makan telur. Nak buat nanti medina tak boleh makan pula. 

Sebab tu lah farah cari resepi puding gula hangus tanpa telur. Jumpa resepi puding karamel kastad ni di blog syapex. 
Resepi Puding Karamel Kastad Tanpa Telur
Puding Karamel Kastad Tanpa Telur
Sebenarnya resepi ini berbeza sebab ada penggunaan tepung kastad dan agar-agar. Kalau puding gula hangus tak ada menggunakan tepung kastad. Puding gula hangus pula perlu dikukus, dan resepi yang farah buat ini tak perlu kukus. 

Rasanya lebih kurang saja. Hubby kata sama je rasanya hehe.

Jom kita buat Puding Karamel Kastad Tanpa Telur!!

Puding Karamel Kastad Tanpa Telur


Bahan-bahan gula hangus:
3 sudu besar gula pasir

Bahan-bahan puding:
1 paket agar-agar serbuk 10gm - tiada perisa
4 cawan air
½ cawan gula pasir
½ cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara gula hangus:
1. Taburkan gula di dalam loyang. Gunakan api kecil dan masak hingga gula menjadi perang. Ratakan seluruh loyang dan ketepikan.

Cara-cara puding:
1. Satukan semua bahan puding. Kacau atas api. Kacau selalu supaya tepung kastad tak bergentel.
2. Bila sudah menggelegak dan adunan nampak pekat, tutup api dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
3. Biarkan sebentar sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk. 
4. Sejukkan hingga puding mengeras. Terbalikkan di dalam pinggan hidangan. 
5. Potong dan makan sejuk-sejuk!
Resepi Puding Karamel Kastad Tanpa Telur
Biasanya resepi puding karamel yang farah jumpa, cara pembuatan karamelnya berbeza. Mesti ada tambah air bersama gula. Boleh juga kalau nak buat begitu. Mana-mana cara pun boleh. Tapi farah lebih suka resepi ini. Sebab gula hangus tak bercampur dengan air, jadi warna nya lebih gelap dan pekat.

Sementara menunggu adunan puding masak di dapur, gula hangus akan sejuk dan mengeras. Korang jangan risau bila tengok gula n\hangus mengeras. Bila kita dah masukkan adunan puding nanti, gula hangus akan cair sendiri dan tak mengeras dah selepas tu. Warna pun lebih cantik hehe. 
Resepi Puding Karamel Kastad Tanpa Telur
Bila buat pencuci mulut menggunakan kastad, farah lebih suka bancuh tepung kastad terlebih dahulu. Contohnya resepi ini suruh campur semua sekali dan masak. Farah bancuh dulu tepung kastad dengan sedikit air, kemudian barulah di campur dengan bahan lain. 

Tepung kastad akan mengeras/ menjadi pekat bila panas. Jadi kalau korang  panaskan bahan yang lain dulu, lepas tu masukkan tepung kastad tanpa bancuh terlebih dahulu, automatik tepung kastad tu berketul-ketul. Nak selamat, bancuh dulu tepung kastad dengan air ya. 

Bagi farah rasa puding ini agak berbeza berbanding puding karamel yang menggunakan telur. Puding ini lebih lembut dan smooth rasanya. Puding karamel gula hangus pula lebih berlemak rasanya. Tapi hubbya kata rasa sama haha. Tak tahu lah mana satu betul.

Sedap makan sejuk-sejuk lepas keluar dari peti ais. Satu loyang boleh habiskan sorang hehe.

Selamat mencuba!





Baca sini:

Baca Selanjutnya »

8 Jun 2017

Tips Pemasangan Langsir Supaya Bilik Nampak Lebih Luas

Tips Pemasangan Langsir Supaya Bilik Nampak Lebih Luas || Nak raya!!!!!! Amboi melampau tak? Haha. Baru hari ke-10 dah sibuk nak raya hehe. Farah bukan lah tak sabar. Tapi persiapan raya ni kita kena buat awal. Kalau lambat-lambat nanti semua benda habis. 

Selepas dah kahwin, dah ada rumah, excited juga lah nak kemas rumah bila raya. Hehe. Nak kuga tengok rumah cantik kan. Masa ini lah boleh guna alasan nak tukar langsir baru, nak sofa baru, nak alas meja baru hehe. 

Tapi kalau farah tak beli sofa baru kot. Sofa lama tu cantik lagi. Nampak baru lagi. Sayang nak beli lain. 

Bila korang hias rumah nak raya, bahagian paling penting mesti lah ruang tamu kan? Sebab kat sini lah tetamu duduk. Duduk sembang kat sini, makan biskut raya pun sini. 

Jadi korang hias rumah sempena raya ini memang kena tip top kat bahagian ruang tamu. 

Farah nak kongsikan macam mana pemasangan langsir supaya tingkap nampak lebih besar dan luas.

Tips Pemasangan Langsir Supaya Bilik Nampak Lebih Luas



Biasanya macam mana korang pasang langsir? Palang atas tu mesti betul-betul atas tingkap dan sama panjang dengan tingkap kan? Ha, salah tu sebenarnya.


 
Cara pasang yang betul adalah lebih tinggi. Palang pula perlu lebih panjang dari lebar tingkap. Barulah bahagian tingkap korang akan nampak lebih besar dan luas. 

Nanti tetamu datang pun kagum hehe. Nampak lah professional sikit kan. 

Langsir pula pilih yang macam mana? 

Langsir perlu pilih 2 jenis. Satu bahagian hadapan dan satu bahagian belakang. Langsir di hadapan biasany bercorak, dan tidak tembus cahaya. Kain belakang pula tiada corak, kain  kosong yang boleh tembus cahaya. Jadi bila siang, korang akan selak atau ikat bahagian hadapan sahaja. Langsir yang belakang boleh biarkan.  

Macam mana pula pemilihan warna? Warna korang boleh pilih mengikut tema ruang tamu supaya bersesuaian. Sebaiknya jangan pilih warna yang gelap supaya bilik nampak lebih luas. Tapi kalau warna gelap tu masuk dengan tema, teruskan je lah. Farah pun suka warna gelap juga hehe.
 
Nak beli langsir boleh la beli kat Lazada. Murah je uols. Sekarang ini tengah ada lagi Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Raya Sale dari 19 Mei hingga 30 Jun. Diskaun ada sampai 90%! Cepat-cepat cari barang untuk hias rumah. Harga semua murah.

Sekian saja tips pemasangan langsir *tak professional* dari farah. Hehe. Korang hias rumah macam mana raya ini? Cuba kongsi sikit. 


Baca sini:
Lauk Kegemaran Berbuka Puasa || Resepi Telur Masak Merah
Baca Selanjutnya »

7 Jun 2017

Resepi Kuey Tiaw Kungfu

Resepi Kuey Tiaw Kungfu || Sebelum ini farah ada kongsikan resepi Nasi Goreng USA versi mengelat. Kali ini nak kongsi resepi Kuey Tiaw Kungfu pulak.

Hari-hari seperti biasa farah akan tanya hubby nak makan apa untuk berbuka. Hubby ini jenis orang yang makan makanan sama je tiap-tiap hari. Tapi dia tak jemu. Sebelum kahwin dulu hubby cerita, makan nasi putih dengan ayam masak merah selama sebulan waktu bulan puasa. Haha. Mula-mula terkejut farah dengar. Macam mana lah dia boleh tak bosan makan benda sama.

Bagus lah macam tu kan? Kita nak masak pun senang. Tak payah nak fikir sangat nak masak apa.

Tapi kan. Ada juga yang tak best bila hubby tak memilih. Dia jadi tak tahu nak suruh masak apa bila farah tanya hehe. Farah tak nak masak benda sama tiap-tiap hari. Bukan selalu boleh masak kan? Kita pun nak masak benda lain-lain. Bila tanya mesti dia tak ada idea. Akhirnya, farah kena sebut satu-satu barulah hubby pilih.
Resepi Kuey Tiaw Kungfu
Kuey Tiaw Kungfu

Seingat farah, hubby tak pernah order kuey tiaw kungfu bila makan di kedai. Selalunya farah yang order sebab farah suka. Hehe.

Kalau tak nak kuey tiaw, boleh tukarkan dengan bihun. Farah lebih suka tekstur bihun bila goreng dengan telur berbanding kuey tiaw. Tapi kali ini farah buat kuey tiaw sebab hubby kurang gemar bihun berbanding kuey tiaw.

Jom tengok resepi Kuey Tiaw Kungfu!

Kuey Tiaw Kungfu


Bahan-bahan kuey tiaw:
1 paket kuey tiaw - basuh dan toskan
2-3 biji telur untuk celup.
½ sudu kecil lada sulah
Minyak untuk menggoreng 3 senduk

Bahan-bahan kuah:
1 bahagian dada ayam - potong dadu
10 ekor udang
3 biji bawang putih - cincang
4 baby corn - hiris serong
1 batang lobak merah - hiris
1 ikat kailan - potong panjang
2 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
2 sudu besar tepung jagung- dibancuh dengan air
Air - agak-agak berapa banyak.
Garam secukup rasa

Cara-cara: 1. Panaskan minyak. 2. Pukul telur dan masukkan lada sulah. 3. Bahagi kuey tiaw kepada 4-5 bahagian. Ambil 1 bahagian dan masukkan kedalam telur. 4. Kaup kuey tiaw dengan senduk supaya dapat telur sekali. Masukkan dalam minyak yang dah panas. 5. Goreng hingga perang dan balikkan. 6. Angkat setelah kedua belah masak. Cara-cara kuah: 1. Panaskan 1 sudu minyak masak. 2. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau. 3. Masukkan sos tiram, air dan kiub ayam. 4. Masukkan isi ayam, lobak merah dan baby corn. Masak hingga isi ayam masak. 5. Masukkan udang dan kailan dan tunggu hingga masak. 6. Masukkan lada sulah, dan garam secukup rasa. 7. Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau hingga kuah pekat. 8. Angkat dan hidangkan kuah bersama kuey tiaw yang digoreng tadi.

Resepi Kuey Tiaw Kungfu
Kuey Tiaw Kungfu
Resepi ini farah buat untuk dua orang cukup makan berbuka dan sahur. Kalau lagi ramai korang agak-agak lah nak gandakan lauk.

Air tu kalau boleh masukkan banyak sikit sebab nanti kuah akan pekat. Farah letak air cukup-cukup. Waktu sahur tengok macam dah tak de kuah hehe.

Selamat mencuba!!
 
Baca sini:

Baca Selanjutnya »

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign