15 Jun 2017

Resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Resepi Ayam Panggang ala Kenny Rogers || Minggu lepas farah ada buat ayam panggang ala kenny rogers. Resepi yang farah guna ini resepi yang viral di facebook. Ramai betul orang share. 

Farah cari nama tuan punya resepi asal tapi tak jumpa. Yang jumpa cuma resepi ini asal dari otai malaya. Nama group atau nama orang, farah pun tak tahu.
Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Ayam Panggang ala Kenny Rogers

Asalnya hubby minta buat ayam golek. Memandang kan oven kami ada batang golek ayam, boleh lah kalau nak buat ayam golek. Tapi sebab tak pernah cuba lagi golek ayam, farah takut tak jadi. Nanti kang tak ada lauk nak berbuka. Naya. 

Jadi farah buat lah ayam panggang ini. Alhamdulillah sedap. Hubby suka. Dia kata lain kali buat lagi. Hehe. Resepi ini kalau nak ratah saja pun ok. Tak perlu buat lauk. 

Jom masak ayam panggang ala kenny rogers!


Ayam Panggang ala Kenny Rogers 


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - farah kerat 4. Senang nak asing untuk sahur.
1 sudu teh garam
1 kiub pati ayam
2 inci halia
3 batang serai
4 ulas bawang putih
4 sudu makan lada hitam - ditumbuk
4 sudu makan madu
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan minyak zaitun - farah tak letak sebab takde.

Cara-cara:
1. Basuh dan cuci ayam. Terpulang lah ayam nak kerat dua atau empat. Resepi asal dia belah je.

2. Kisar serai, kiub pati ayam, minyak zaitun, halia, bawang putih dan sedikit air sampai lumat dan sebati.

3. Campurkan bahan kisar, madu, lada hitam, sos tiram, dan garam dalam mangkuk. Gaul sebati. 

4. Gaulkan bahan perapan dengan ayam biar rata.

5. Perap dalam peti sejuk minimum 4 jam. Farah perap 1 hari hehe. Harini sediakan, esok baru bakar. 

6. Untuk bakar, panaskan oven dulu 10 minit. Guna api atas bawah. Resepi asal guna 200’C 35-40 minit. Farah bakar 160’C 1jam. 
Ayam Panggang ala Kenny Rogers 
Sedappppppppppppppppp!

Bahan perapan dia memang masuk sampai isi ayam hehe. Nak lagi best, cucuk dada ayam dengan garpu sebelum perap. Bertambah-tambah lah rasa perapan hehe.

Rasa dia macam mana?

Rasa memang bukan rasa ayam kenny rogers. Cuma cara masak yang macam kenny rogers kot. Kulit ayam jadi nipis, tak ada lemak langsung sebab bakar lama. Ayam pun masak elok, senang nak carik-carik dari badan ayam. Rasa perapan ini farah rasa macam satey atau rendang hehe. Ok lah sebab sekarang tengah mood nak raya kan.

Untuk suhu bakar, terpulang lah korang pakai berapa. Oven farah kalau pakai 200’C tu nanti ayam hangit tapi tak masak. Dulu pernah buat ayam bakar hangit. Jadi farah kurangkan suhu dan tambah masa membakar. 

Selamat Mencuba!


Baca sini:

13 comments:

  1. Sedapnyaaa! Boleh lah try buat guna resepi ni pulak.

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Farah...
    nampak sedap ayam tu.. Insyallah nak try juga. Thanks ye.

    ReplyDelete
  3. nampak sama sangat macam Kenny Rogers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama eh? rupa je sama kot hehe. Rasa memang rasa ayam melayu. macam rendang atau satey rasanya

      Delete
  4. hi farah...kak lina singgah sini
    wah sedapnya...bolehla cuba nnt...asyik nak beli je mahal...

    ReplyDelete
  5. Perghhh tu dia.. punyela menyelerakan gambar tu... dah kenapa buat sedap2 ni.. terliurrrr mak nak.. hahaha

    ReplyDelete
  6. ccl new follower sini ,,salam kenal yer
    sedap ayam panggang ni . lagi lama perap dengan bahan lagi rasa sedap

    ReplyDelete
  7. Ya ampun.. tengok pun memang menyelerakan apatah lagi kalau makan.. boleh la makan ala kennny rogers nak makan yang ori rasanya overpriced sangat >.<

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign