2 Jun 2017

Resepi Ayam Percik

Resepi Ayam Percik || Hari Khamis biasanya boleh masak makan mewah sikit sebab balik kerja lebih awal dari biasa. Kalau nak masak dua tiga lauk tak lah kalut sangat. Tapi semalam farah masak sikit je. Satu lauk je haha. Hubby ada minta ayam percik untuk hidangan berbuka kami. Farah masak ayam percik je. Tak ada lauk lain haha.

Sebelum ni farah pernah buat ayam percik putih. Tapi belum pernah kongsi resepi di blog. Farah ada juga terbaca yang ayam percik Kelantan ada dua jenis. Putih dan merah. Kalau taknak pedas, buat lah yang putih. Tapi farah tak tahu apa bezanya ayam percik merah Kelantan dan ayam percik utara. Pada farah nampak sama saja. 
Resepi Ayam Percik
Ayam Percik

Ayam percik kali ini farah buat versi merah. Kelantan atau utara, farah tak tahu hehe. Farah google je. Resepi asal dari Juliana Jue. 

Resepi mesti lah banyak variasi. Terpulang pada individu nak letak apa. Ada orang letak daun limau purut, daun kunyit, lada hitam, pes tandoori, tepung jagung, dan lain-lain. Ha, banyak kan. Kalau ikutkan resepi tak sama. Korang nak ubah boleh lah ubah sendiri. 

Jom masak Ayam Percik!

Ayam Percik


Bahan-bahan perapan:
1 ekor ayam - potong 4
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
halia sebesar ibu jari*
sedikit garam

Bahan-bahan Kuah:
1 cawan santan cair*
4 batang serai*
halia sebesar ibu jari*
lengkuas sebesar ibu jari*
20 tangkai cili kering*
1 cawan air*
5 sudu besar gula
garam secukup rasa
3 asam keping
100ml santan

Cara-cara perapan:
1. Tumbuk semua bahan perapan yang bertanda *. Tambah sedikit garam.
2. Kelarkan ayam supaya bahan perapan dapat menyerap lebih baik. Lumurkan bahan perapan tadi. Perap 1 jam. Kalau nak lebih sedap boleh perap lebih lama.

Cara-cara Kuah:
1. Ambil semua bahan kuah yang bertanda * dan kisarkan. 
2. Masak bahan yang telah dikisar di dalam periuk. 
Tambah asam keping, gula, dan garam. 
3. Bila sudah mendidih, masukkan ayam yang telah diperap tadi. Masak hingga ayam separuh masak.
4. Keluarkan ayam, perap dengan kuah 1 jam.
5. Tambah santan di dalam lebihan kuah tadi. 
6. Bakar ayam yang diperap dengan kuah tadi sehingga masak. 
7. Hidangkan bersama kuah percik tadi.
Resepi Ayam Percik 
Hubby kata sedap. Nanti dia nak request lagi haha. Sedap la kot. Farah pun suka. Kuah ada rasa masam-masam sikit, sedap.

Farah suka resepi ini sebab dia masukkan ayam ke dalam kuah terlebih dahulu. Jadi rasa kuah tu agak kuat bila makan. Terutamanya bila makan dada ayam, farah tak suka kalau tawar. Nak makan pun tak selera. Kali ini kami berdua berjaya makan sampai habis dada ayam tu hehe. Ayam pun akan masak lebih sekata sebab dah masak separuh dalam kuah percik. 

Resepi ini wajib cuba kalau korang tengah mencari resepi apa yang best untuk ayam percik. 

Jom buat ayam percik! 

Selamat mencuba!
Resepi Ayam Percik




Baca sini:

2 comments:

  1. sedapnya. echa suka makan ayam percik nii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah pun suka ayam percik. ratah pun sedap hehe

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign