10 Jun 2017

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Paling Senang

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Paling Senang || Nasi goreng ayam kunyit ini salah satu makanan panas yang hubby suka. Bila tak ada idea nak makan apa, dia order ini lah hehe.

Resepi ini farah olah sendiri je. Senang je nak buat. 
Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Paling Senang
Nasi Goreng Ayam Kunyit Paling Senang
Untuk nasi, korang boleh guna mana-mana resepi nasi goreng yang korang suka. Nak cuba resepi nasi goreng planta farah pun boleh. Masuk juga dengan ayam goreng kunyit hehe. 

Kalau korang ada dada ayam dan tak tahu nak masak apa dengan dada ayam, boleh la buat ayam goreng kunyit ini. Makan dengan nasi putih pun sedap.

Jom masak nasi goreng ayam kunyit!

Nasi Goreng Ayam Kunyit


Bahan-bahan nasi goreng:
2 mangkuk nasi putih
1 bawang besar - potong dadu
3 batang kacang buncis/kacang panjang - dihiris kecil. 
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ayam:
300 gram dada ayam - potong dadu, diperap dengan kunyit dan garam 
1 biji bawang besar - mayang
2 ulas bawang putih - di hiris
4 batang kacang buncis - hiris serong
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Mula-mula kita goreng ayam kunyit dulu. Panaskan sedikit minyak. Cukup untuk goreng ayam. Kalau ayam banyak, boleh goreng sikit-sikit sampai habis semua. Ketepikan ayam yang dah di goreng.
2. Dalam kuali yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan kacang buncis/kacang panjang. Goreng sehingga kacang masak.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
5. Masukkan garam dan kacau.Siap!
6. Ketepikan ayam kunyit yang telah siap. Gunakan kuali dan minyak yang sama untuk menggoreng nasi.
7. Tumis bawang besar sehingga naik bau. 
8. Masukkan kacang buncis/kacang panjang. Gaul sebentar.
9. Masukkan nasi. Kacau hingga sebati dan masukkan garam secukup rasa.
10. Hidangkan nasi goreng bersama-sama ayam goreng kunyit.
Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit Paling Senang
Tadaa! Resepi paling senang nak buat. Hehe. Kuali tak payah nak tukar-tukar. 

Biasanya farah tengok orang gunakan kacang panjang untuk ayam goreng kunyit. Tapi farah guna kacang buncis sebab farah suka kacang buncis hehe. Terpulang lah nak guna kacang mana satu. 

Untuk nasi pula, korang boleh letak sayur campur kalau nak. Banyak sikit lauk dalam nasi kan? Farah nak mudah cuma letak kacang buncis yang dipotong kecil je. Nak tambah cili sekali pun boleh. Silakan.

Selamat mencuba!



Baca sini:

1 comment:

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign