5 Jun 2017

Resepi Nasi Goreng USA

Resepi Nasi Goreng USA || Semalam teringin nak masak masakan panas. Masa tengah kerja, farah mesej hubby untuk tanya nak makan apa. Sebab farah nak buat senarai barang nak beli bila hubby balik kerja. Lepas panjang lebar mesej, hubby kata nak nasi goreng usa. 

Farah pernah terbaca yang sebenarnya nasi goreng usa ini maksudnya nasi goreng udang sotong ayam. Betul ke? Bila makan di kedai, tak pernah lagi dapat tiga-tiga lauk tu. Biasanya kalau bukan lauk ayam, mesti lauk daging. 

Kalau memang betul lah maksudnya macam tu, salah lah nasi goreng farah ni hehe. Lain kali kena buat lagi sekali nasi goreng ni. Sekarang tak boleh la sebab hubby tak minat udang dengan sotong. 

Resepi Nasi Goreng USA
Nasi Goreng USA
Resepi kali ini farah ambil dari blog fizalgk. Tapi farah tak ikut sepenuhnya. Ada juga lah mengelat. Resepi asal menggunakan daging, farah tukar jadi ayam. 

Jom masak Nasi Goreng USA!

Nasi goreng USA


Bahan-bahan nasi goreng:
2 mangkuk nasi
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - di mayang
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
½ batang lobak merah - potong dadu
Garam secukupnya

Bahan-bahan lauk:
300g dada ayam - potong kecil
2 ulas bawang putih - di cincang
1 biji bawang besar - di cincang
1 biji tomato - potong 4
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar cili kisar
Garam secukupnya
Gula secukupnya


Cara-cara Nasi Goreng:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Tambah bawang besar dan cili kisar. Tumis hingga garing. 
2. Masukkan sos tiram dan lobak merah. Gaul rata.
3. Masukkan nasi dan kacau sehingga rata warnanya. 
4. Tambah garam secukupnya.

Cara-cara Lauk:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan biar seketika hingga cili masak. 
2. Masukkan ayam, kacau dan biarkan hingga air kering. 
3. Masukkan cili sos dan bawang besar. Gaul rata.
4. Masukkan tomato, gula dan garam secukupnya. 
Resepi Nasi Goreng USA 
Resepi ini mudah je. Nasi goreng pun simple. Kalau dekat kedai, memang simple macam ini lah nasi goreng hehe. Korang boleh hidangkan dengan telur mata sekali. Nasi goreng usa biasanya ada telur mata kan. 

Selamat Mencuba!




Baca sini:

10 comments:

  1. Sedap.. sedap.. buat menu berbuka best nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha tu lah. kadang2 masak masakan panas untuk berbuka kan. selalu masak lauk je hihi

      Delete
  2. Sedap juga ni sesekali layan masakan panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak? Ada feeling makan kat kedai sikit hehe

      Delete
  3. Nyumm nyumm.. Dtg aje blog farah ni mesti terus tekanan perasaan.. Banyak sgt makanan.. hahaha.. sedapnyeeee ohhh farah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa. Patutnya tengok makanan rasa tenang je. Tak gitu? Hihi

      Delete
  4. Farah..kata nasi goreng USA. Mana udang ngan sotong nya
    U-Udang
    S-Sotong
    A-Ayam
    heheheh..jgn marah

    Jemput baca : TIPS PILIH TUDUNG RAYA MAK-MAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dah cakap kat atas tu resepi ni salah hehe

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign