9 Jun 2017

Resepi Puding Karamel Kastad Tanpa Telur

Resepi Puding Karamel Kastad Tanpa Telur || Puding Karamel Kastad Tanpa Telur ini asalnya farah buat untuk beri kepada mertua farah pada hari kami berbuka di Hotel Bella Vista tempoh hari. Tapi hari kami pi tu terlupa nak bawa ke rumah mertua sebab kalut kejar masa. Esoknya barulah farah ingatkan hubby untuk bawa sebelum ambil medina selepas balik kerja. 

Farah suka puding gula hangus / karamel. Sedap. Ramai suka kan? Tapi sayangnya medina tak boleh makan telur. Nak buat nanti medina tak boleh makan pula. 

Sebab tu lah farah cari resepi puding gula hangus tanpa telur. Jumpa resepi puding karamel kastad ni di blog syapex. 
Resepi Puding Karamel Kastad Tanpa Telur
Puding Karamel Kastad Tanpa Telur
Sebenarnya resepi ini berbeza sebab ada penggunaan tepung kastad dan agar-agar. Kalau puding gula hangus tak ada menggunakan tepung kastad. Puding gula hangus pula perlu dikukus, dan resepi yang farah buat ini tak perlu kukus. 

Rasanya lebih kurang saja. Hubby kata sama je rasanya hehe.

Jom kita buat Puding Karamel Kastad Tanpa Telur!!

Puding Karamel Kastad Tanpa Telur


Bahan-bahan gula hangus:
3 sudu besar gula pasir

Bahan-bahan puding:
1 paket agar-agar serbuk 10gm - tiada perisa
4 cawan air
½ cawan gula pasir
½ cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara gula hangus:
1. Taburkan gula di dalam loyang. Gunakan api kecil dan masak hingga gula menjadi perang. Ratakan seluruh loyang dan ketepikan.

Cara-cara puding:
1. Satukan semua bahan puding. Kacau atas api. Kacau selalu supaya tepung kastad tak bergentel.
2. Bila sudah menggelegak dan adunan nampak pekat, tutup api dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
3. Biarkan sebentar sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk. 
4. Sejukkan hingga puding mengeras. Terbalikkan di dalam pinggan hidangan. 
5. Potong dan makan sejuk-sejuk!
Resepi Puding Karamel Kastad Tanpa Telur
Biasanya resepi puding karamel yang farah jumpa, cara pembuatan karamelnya berbeza. Mesti ada tambah air bersama gula. Boleh juga kalau nak buat begitu. Mana-mana cara pun boleh. Tapi farah lebih suka resepi ini. Sebab gula hangus tak bercampur dengan air, jadi warna nya lebih gelap dan pekat.

Sementara menunggu adunan puding masak di dapur, gula hangus akan sejuk dan mengeras. Korang jangan risau bila tengok gula n\hangus mengeras. Bila kita dah masukkan adunan puding nanti, gula hangus akan cair sendiri dan tak mengeras dah selepas tu. Warna pun lebih cantik hehe. 
Resepi Puding Karamel Kastad Tanpa Telur
Bila buat pencuci mulut menggunakan kastad, farah lebih suka bancuh tepung kastad terlebih dahulu. Contohnya resepi ini suruh campur semua sekali dan masak. Farah bancuh dulu tepung kastad dengan sedikit air, kemudian barulah di campur dengan bahan lain. 

Tepung kastad akan mengeras/ menjadi pekat bila panas. Jadi kalau korang  panaskan bahan yang lain dulu, lepas tu masukkan tepung kastad tanpa bancuh terlebih dahulu, automatik tepung kastad tu berketul-ketul. Nak selamat, bancuh dulu tepung kastad dengan air ya. 

Bagi farah rasa puding ini agak berbeza berbanding puding karamel yang menggunakan telur. Puding ini lebih lembut dan smooth rasanya. Puding karamel gula hangus pula lebih berlemak rasanya. Tapi hubbya kata rasa sama haha. Tak tahu lah mana satu betul.

Sedap makan sejuk-sejuk lepas keluar dari peti ais. Satu loyang boleh habiskan sorang hehe.

Selamat mencuba!





Baca sini:

10 comments:

  1. erm.. nice recipe.. tanpa telur lak,,,, mmg berbaloi

    ReplyDelete
  2. perghh cantik betul puding farah.. pandai farah buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. makaseh hehe. farah follow resepi je satu2

      Delete
  3. save bajet... terus teringiun nak

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la unni. unni pandai masak, mesti jadi hehe

      Delete
  4. Salah Farah! SN plan nak buat untuk pagi raya. Nampak sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign