12 Jul 2017

Resepi Sambal Ikan Bilis Manis

Resepi Sambal Ikan Bilis Manis || Masa kecil dulu umi farah selalu juga buat ikan bilis manis. Tapi bukan sambal rasanya. Macam ikan bilis sira kot. 

Waktu tu, ikan bilis itulah snek. Zaman kecil dulu bukan ada sangat makanan kan. Cekedis pun tak banyak jenis. Kadang-kadang ada juga rasa teringin nak makan semula ikan bilis manis umi. Tapi bila balik kampung lupa nak request haha. 
Bila makan ikan bilis, farah suka goreng rangup. Kalau lembik, tak ada selera nak makan haha. Hubby pun sama macam farah. Ikan bilis mesti rangup. Kalau makan nasi lemak ikan bilis lembik, hubby asing kat tepi siap-siap. Haha. 

Kali ini saja cuba buat ikan bilis manis. Resepi main campak je. Nak mujurlah sedap haha. 

Resepi ini boleh makan buat lauk atau pun ratah. Farah ratah banyak juga hehe. Kalau makan dengan roti pun sedap juga. 

Buat first time ini sikit je. Lain kali nak buat hujung minggu, rajin sikit nak buat banyak. 

Jom cuba resepi hari ini!

Sambal Ikan Bilis Manis


Bahan-bahan:
500 gram ikan bilis 
3 sudu serbuk cili - farah tak letak
1 cawan kacang tanah-goreng dengan sedikit minyak. farah tak letak
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Bahan-bahan kisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi

Cara-cara:
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Toskan dan biarkan sejuk sebentar. 
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan yang dikisar. Kacau hingga wangi. 
3. Masukkan gula dan air. Kacau sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga menjadi sedikit pekat. Angkat dan sejukkan.
4. Masukkan kacang tanah ikan bilis. Kacau rata. 
Kami berdua makan ikan bilis manis ini kejap je. Farah lebih suka ratah. Hehe. 

Kalau korang nak kurang kuah, masak sampai pekat sikit. Farah tak nak sangat kuah, jadi farah masak lama sikit. Manis dah cukup bagi farah. Tak lebih tak kurang. 
Selamat mencuba!

Resepi asal oleh resipikakza


Baca sini:

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign