30 Jul 2017

Bercuti di Korea || Day 4

Bercuti di Korea || Lamanya baru nak update cerita bercuti di korea ni haha. Dah nak basi dah. 
Eh, mana boleh basi, terngiang-ngiang lagi kesedapan makanan korea hehe. Hari tu farah update sampai hari ketiga kami kesana. Meh nak sambung hari seterusnya pulak. 

Hari ke empat kami ke Nami Island. Nami Island ini kalau nak pi memang kena bajet masa sehari. Sebab perjalanan dia mengambil masa. Jadi bila nak pi sana, jangan sumbat itinerari dengan aktiviti lain. 

Nami Island, haaa. Tempat femes ni. Sebut je semua orang tau kan. 

Sape tak tau winter sonata? *angkat tangan* hehe. 

Nak mengaku sikit. Farah sebenarnya tak pernah tengok winter sonata. Satu episod pun tak pernah. Tapi kenal cerita dia sebab semua orang sebut. Hehe. Kiranya farah bukan lah peminat pun. 

Tapi pi juga kat Nami Island sebab melancong. Bukan sebab nak cari memori drama winter sonata hehe. 
Sebelum pi sana, farah ingatkan Nami Island ini dekat je. Ingatkan dari Seoul tu pi jalan kaki je boleh sampai. Tak pun naik teksi 30minit dah sampai. Hehe. Rupanya jauh bak hang. 

Nak pi Nami Island biasanya orang akan naik ITX. ITX ni train yang laju. Farah pun tak pasti berapa lama perjalanan yang diambil untuk sampai kalau naik ITX. 

Malangnya waktu kami pi, jatuh pada hari cuti umum. Tiket ITX awal-awal lagi habis. Tak dapat lah merasa ITX. Kami kesana naik train biasa. Perjalanan dalam train sahaja 1 jam setengah. Lama weh. Dah la bawa budak kecik. 

Disebabkan hari cuti umum, kami dah bajet yang Nami Island akan penuh dengan orang. Untuk mengelakkan bersesak dengan orang, kami plan bertolak awal-awal pagi dari hostel. 
Pagi tu kami bangun pukul 5 pagi. Memang tak sarapan sebab nak bertolak awal. Pukul 6.30 pagi kami terus bertolak. Waktu sampai di stesen train, farah perasan ada ramai makcik pakcik yang dah berumur ada sekali. Siap dengan pakaian hiking lagi. Rupanya memang depa nak pi hiking. Bagus kan gaya hidup? Dah berumur pun rajin lagi hiking. 

Waktu tunggu train sampai, kami beratur di tempat pintu. Atul cakap kena bersedia nak berebut tempat sebab perjalanan jauh. Alhamdulillah kami semua dapat duduk. 

Sampai di sana, kami ambil teksi pula untuk ke jeti. Cuaca punya lah panas. Nasib baik farah bawa payung sekali. Sampai kat jeti, atul beli tiket untuk naik feri.

Memang betul yang kami sangka. Orang ramai berpusu-pusu. Ini setakat kami sampai awal. Kalau kami pi lewat, agaknya berhimpit macam sardin. 


Feri ke Nami Island sekejap je. Dalam 5-10 minit. Korang boleh pilih nak duduk dalam feri atau bahagian tepi, luar feri. Kalau nak tengok pemandangan, boleh lah duduk di luar. Kami bertiga duduk di dalam. Lebih nyaman hehe. Sambil-sambil bagi susu kat medina. 


Sampai di sana, tempat pertama kami pi adalah makan nasi goncang (Dosirak) sebagai sarapan. Dosirak pun farah teringin nak rasa. Kalau tengok dalam cerita nampak sedap kan. Nak tahu juga betul ke sedap hehe.


Kami pi dekat satu kedai ini untuk makan dosirak. Kami order tiga jenis. Tuna, kimchi (original) dan seaweed. Tuna hubby punya, kimchi farah punya, seaweed medina punya. 
Nak makan kena goncang dulu. Sebab tu lah nama dia nasi goncang hehe. Glove ini depa bagi siap-siap. Kena pakai sebab bekas tu panas. Lepas dah goncang sebati baru lah boleh makan. 
Sebelum goncang
Selepas goncang
Ada juga kami tengok meja lain yang makan dosirak juga. Atul kata depa tak pandai goncang haha. Nak goncang pun ada teknik kot. Baru lah nasi bergaul sebati dengan lauk. 

Sedap!

Yang kimchi sedap, yang tuna pun sedap. Dua-dua farah suka. Kalau ikut kan tak cukup nak makan satu sorang hehe. Tapi kena simpan perut nak makan tengahari lagi. 

Dosirak ini farah rekomen korang untuk cuba. Harga memang agak mahal sebab dia dekat Nami Island hehe. Macam korang mai Langkawi lah. Benda biasa pun jadi mahal. 

Selepas sarapan, kami jalan-jalan sekejap. Masa ini lah nak bergambar di kawasan-kawasan terkenal kat Nami. Boleh lah ambil gambar acah-acah sweet hehe. 


Bila dah sampai baru farah tahu yang ada penginapan di Nami Island. Maksudnya korang boleh bermalam disana. Di bahagian tepi laut/sungai pula ada water sport. Kalau bermalam, boleh lah cuba water sport kan? Macam kami ini tak boleh la. Nanti baju basah, nak tukar pakai apa? Hehe. 

Ni depa dok selfie tak abis-abis.
Kami pi nami cuma food hunting dan sight seeing. Tak ada aktiviti lain. Korang pi sana buat aktiviti lain tak? Cuba kongsi sikit hehe.
Farah ada cuba hotteok di Nami. Hotteok sini warna hijau, inti pun lain berbanding yang farah makan hari tu. Tapi farah lebih suka yang ini. Sedap! Tapi kena berhati-hati bila makan sebab inti dia panas. Mau melecur lidah bila gigit. 
Selepas jalan-jalan, sampai masa untuk makan tengahari. Kami makan tengahari di Restoran Asian Cuisine. Restoran ini agak terkenal. Memang ramai orang datang. Kalau tak silap restoran ini dapat halal dari jakim sendiri. Jadi tak perlu risau. 

Sepanjang kami duduk dalam restoran, farah perasan ramai orang beratur tunggu giliran nak masuk makan. Mujurlah kami dah tempah awal-awal. Kalau tak, memang kena beratur untuk masuk makan. 
jjajang-myun
Kat sini farah makan jjajangmyun (black bean noodle). Lama gila teringin nak makan. Tercapai jugak akhirnya hehe. Tapi farah rasa takde lah sedap sangat. Macam tawar je. Agak kecewa bila rasa dia macam tu haha. Bukan tak sedap, tapi tak sesedap yang dijangka. Farah letak tinggi sangat harapan kot. 

Chicken cutlet.
Atul rekomen chicken teriyaki untuk kami rasa. Jadi kami order yang tu. Malangnya depa salah amek order, dapat chicken cutlet. Kalau nak tukar semula order jadi chicken teriyaki, kami perlu tunggu semula hiliran makanan untuk masak. Disebabkan lambat, kami pun terima je lah chicken cutlet. 

Chicken cutlet mahal sikit dari chicken teriyaki, kami minta kurang harga dari manager dia sebab salah depa. Manager sana bagi free terus haha. 

Tapi nak dapat free tu lambat jugak. Akak yang ambil order tu tak puas hati. Maybe dia kata bukan salah dia kot. Ntah le. 
Ni pintu masuk je. Farah tak ambil gambar bahagian solat. Ramai sangat orang.

Sambil tunggu hubby siap solat.
Lepas makan, kami pi solat di surau kat tingkat 1. Surau selesa sangat. Tempat ambil wuduk pun di bahagian dalam. Tak de lah susah-susah pi ambil wuduk kat toilet, lepas tu nak pakai tudung semula pi surau. Telekung pun ada disediakan. 
Sebelum balik kami beli aiskrim dulu. Ada dua jenis aiskrim je yang boleh makan. Yang lain semua tak boleh. Yang biru ini farah biasa tengok dalam cerita. Memang sedap. Rasa macam milkshake. Yang hijau ini biasa je. Hehe. Farah tak minat sangat. 
Waktu kami dah habis pusing tu dah tengahari. Masa ini ramainya orang barh masuk nami. Bersesak-sesak. Masa ini kalau nak ambil gambar kat pokok dah tak ada privasi dah. Latar belakang gambar penuh dengan orang. Mujurlah kami sampai awal. 
Kami sampai hotel pun dah petang. Rehat kejap dalam bilik sebelum bertolak food hunting. 

Malam tu farah ke Myeongdong street semua sebab malam sebelumnya tak sempat untuk cuba semua makanan yg ada. Tapi kali ini hubby tak ikut. Farah pi dengan atul. Gigih tak? Haha. 

Kebanyakan makanan kat sini makanan laut. Farah cuba makan sebanyak mungkin. Tapi yang halal lah. Daging semua tu tak payah cuba lah. 
Gyeran-ppang yang sini ada biji kacang. Sedap juga, tapi farah lebih suka yang beli tempoh hari. Yang tu lebih manis. 
Ini pulak lobster tail. Lobster tail ini dia grill dengan cheese. Dan ada kuah untuk cicah. 
Ini pulak udang celup tepung pedas. Ok ini nama sesuka hati haha. Yang ini boleh tahan juga. Tambahan lagi ada tteok dalam tu. Lagi lah farah suka. 
Ini tteok dan cheese cucuk. Dan depa tuang susu pekat sikit. Ha sah-sah la sedap kan. 
Sotong gril. Farah memang tak monat sotong. Tapi sotong gril ini sedap. Banyak farah makan. Rasa dia bukan lah macam perapan dan sebagainya. Kosong je, gril pun kering.  Tapi sedap. 
Udang gril jugak. Udang ini gril dengan butter. Agak wangi. 
Ini pula udang dengan ubi kentang. Yang bentuk-bentuk tu ubi kentang lah. Dan ada tabur cheese sikit. Ok juga. Farah suka. 
Lepas dah habis makan kat situ, atul bawa farah makan odeng. Sebab dari hari pertama sibuk cakap nak odeng. Hehe. Ada satu kedai kat situ yang jual odeng halal. 
Apa rasa odeng? Macam fishcake biasa je hahaha. Tak ada yang special pon. Yang pelik nya, depa minum sup yang rebus odeng tu macam air. Farah tak boleh tahan. Nak termuntah rasa haha. 
Minum air dalam kertas gini. kalau pegang kuat sangat nanti terpenyek haha.

Hari yang sebelumnya kami ada beli baju sebagai buah tangan untuk orang lain. Tapi terlupa beli untuk kami. Jadi hubby pesan kat farah suruh beli. Beli lah sepasang. Mak aih mahalnya berbanding harga sebelum ini. Tapi beli jugak sebab nak ada untuk kami. 

Balik naik bas.
Pemandangan luar hostel malam terakhir.





baca sini: 

1 comment:

  1. Cantiknya nami island.. Food pun nampak sedap.. btw.. hye..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign