29 Jul 2017

Makan-makan di Rumah Terbuka Hannan Medispa Langkawi

Makan-makan di Rumah Terbuka Hannan Medispa Langkawi || Hari ni kami bertiga pi Hannan Medispa. Bukan untuk buat facial. Untuk makan hehe. Sebelum ni farah ada dapat jemputan dari Hannan Medispa Langkawi untuk rumaah terbuka yang berlangsung 29 Julai 2017. 
Hannan Medispa Langkawi
Siapa tak suka makan free? 

Mesti lah kami pi join hehe. Majlis bermula pukul 11 pagi hingga lah 4 petang. Asalnya kami nak pi awal juga, tapi medina tidur waktu tu. Terpaksa tunggu dia bangun tidur baru lah kami bertolak. 

Mula-mula bimbang juga takut sesak kat tempat parking. Alhamdulillah tak sesak. Waktu kami sampai orang tak ramai sangat. Terus dapat ambil makanan. 
Hannan Medispa Langkawi
Ada nasi hujan panas, lauk pula ayam masak merah, dalca dan daging masak kicap. Ayam masak merah sedap betul. Hubby pi tambah nasi lagi sekali sebab sedap haha. 
Hannan Medispa Langkawi

Hannan Medispa Langkawi
Laksa penang pun ada. Tapi farah tak rasa pun. Farah ambil laksa kosong je untuk medina. 
Hannan Medispa Langkawi
Lepas siap makan nasi, farah pi di bahagian lukis inai. Lama dah tak lukis inai kat tangan. Dulu ada lah lukis juga waktu bercuti di penang. 
Hannan Medispa Langkawi
Tapi susah betul nak jaga sambil tunggu kering. Ye lah, nak berambat dengan medina. Mujur hubby ada. Tapi farah tak suka biar hubby tengok dia sorang. Haha. Rasa macam lepas ni tak nak dah lukis-lukis inai. Leceh nak jaga bila ada baby. 

Sambil kami tunggu inai kering kejap, farah nampak depa angkut kuih. Ada durian crepe, donut, kuih bom. Farah suka kuih bom. Dari mula nampak tu dok usha dah nak sambar hehe. Tapi kuih bom dia kurang sedap sikit. Inti sikit, lepas tu bahagian tepung tebal betul. Farah makan sebiji je. Kalau tak berbiji-biji farah makan hehe. 

Lepas habis makan kat situ, kami pi Langkawi Fair. Nak pi beli kasut farah. Kasut putus dah lama tapi tak beli lagi. 
Hannan Medispa Langkawi

Hannan Medispa Langkawi
Sambil-sambil tu makan Bingsu kat Restoran Haroo. Bingsu sini tawaq haha. Tak boleh lawan Sulbing punya bingsu. Teringat-ingat sampai sekarang. Kami makan tak habis pun bingsu tu. dah tawar, rasa macam makan ais je. 

Lepas beli kasut, kami balik. Penat jalan-jalan, kami bertiga ngantuk, nak buka mata pun tak boleh haha. Hubby balik rumah terus pengsan. Medina pun sama. 
Hannan Medispa Langkawi
Ok babai!












No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign