25 Jul 2017

Resepi Ayam Goreng Madu

Resepi Ayam Goreng Madu || Resepi ayam goreng farah rasa resepi yang mudah. Masak tak banyak sangat langkah-langkah dia. Perap dan goreng. Tak pening nak fikir banyak kan? Hehe. Resepi ayam goreng madu kali ni banyak sikit bahannya dari ayam goreng biasa. Tapi jangan risau. Bahan semua yang senang cari. 
Resepi Ayam Goreng Madu
Ayam Goreng Madu
Hubby suka makan lauk ayam. Jadi farah sentiasa kena fikir nak masak apa setiap hari. Walaupun tak de lah masak tiap-tiap hari hehe. Kadang-kadang hari kerja farah masak benda sama untuk hubby. Dia tak kisah makan benda sama. Tapi kita yang masak ni kadang-kadang jemu juga dok masak benda sama je. Betul tak?

Farah teringin nak buat ayam bakar madu macam di pasar malam. Ala, ayam bakar yang warna merah tu. Yang tu pun farah suka. Tapi belum berkesempatan lagi nak cari resepi.

Ha, tunggu apa lagi? Jom goreng ayam!

Ayam Goreng Madu


Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana kecil
kicap manis
2 sudu besar madu
garam secukupnya

Bahan-bahan kisar:
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai

Cara-cara:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, kicap manis,madu dan sedikit garam selama 1 jam.
2. Goreng sampai ayam masak.
3. Selepas ayam dah masak, gaul dengan madu sekali lagi. 
Siap!
Resepi Ayam Goreng Madu
Ayam Goreng Madu. Hitam-hitam hangit sikit tu yang sodap hihi.
Apa-apa resepi yang ada perapan, rasanya akan lebih sedap kalau perapan kita lebih lama. Kalau nak perap ayam ni sehari lagi bagus. Rasa semua masuk dalam ayam. Tapi kalau nak cepat, sejam dah cukup. 

Hubby kata sedap, lain kali boleh buat lagi. Hehe. Dia memang suka masakan ayam. Ayam goreng madu ni rupa nya macam ayam goreng kicap nasi ayam. Kalau ayam goreng kicap nasi ayam tu hubby memang suka ratah. Tambah-tambah lagi ada rasa perapan kan. Bukan kosong rasa kunyit je hihi. 

Resepi asal farah ambil dari che' nom di iresepi.com.

Selamat mencuba!


Baca sini

1 comment:

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign