28 Jul 2017

Resepi Ikan Masak Kicap

Resepi Ikan Masak Kicap || Bila hari yang sedikit malas,farah masak benda senang je. Ataupun hari yang nak makan ikan. Ye lah,hubby kan suka ayam. Ikan ini makan, tapi kurang sikit. Jadi farah akan masak ikan masak kicap sebab hubby memang suka ikan masak kicap hihi.
Resepi Ikan Masak Kicap
Ikan Masak Kicap
Kadang-kadang ada juga masak ikan masak kicap sebab teringin. Kami berdua memang hantu kicap. Masak kuah lain pun mesti nak letak kicap jugak. Korang pun mesti ada juga yang macam ini kan? #gengkicap. Hehe. 

Sejak akhir-akhir ini macam dah hilang idea nak masak ape. Nak kata masak semua benda dah, of course la belum. Bila google idea, benda sama je yang keluar haha. Buntu buntu. 

Kang kalau masak kicap tiap-tiap hari naik jemu baru tau. 

Tak ada ke orang buat senarai atau list makanan untuk sebulan? Rasanya bila bulan puasa ada lah orang buat senarai macam tu kan? Nak kena buat sendiri kot senarai nak masak untuk sebulan hehe. 

Ok, sudah-sudah melalut, Jom cuba resepi hari ini.

Ikan Masak Kicap


Bahan-bahan:
3-4 ekor ikan kembung -  cuci bersih. Kelar kat tepi ikan. Lumur garam kunyit, lepas tu goreng
3 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tomato
½ cawan air
3 sudu besar minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (tumis):
1 bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis hingga naik bau. 
2. Masukkan kicap, sos tomato dan air. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan ikan. Masak sebentar. 
4. Angkat dan sedia dimakan. 
Resepi Ikan Masak Kicap
Ikan Masak Kicap
Senangggggg. Hehe. Masak pun kejap je dah siap. Tapi makan nasi boleh berpinggan-pinggan kalau lauk masak kicap ini hehe. 

Nak lagi sedap, goreng telur mata. Telur kuning tu biar separuh masak. Pergh. Mengancam. 

Dok menaip ini pun jadi lapaq kalau lagu ini. Haha. 


Selamat mencuba!

Baca sini:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign