22 Jul 2017

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api || Ada kat sini peminat ketam? Biasa masak lauk apa untuk ketam? Ha, kalau dah tak ada idea nak masak apa, boleh cuba ketam masak cili api. Confirm puas hati hehe. 

Farah dengan hubby memang suka ketam. Ingat dulu waktu kami awal-awal tinggal di Langkawi. Sebulan sekali kami akan makan ketam di kedai. Hampir setiap kali kami pi makan 2kg ketam. Ha banyak tak? Hehe. Memang makan sampai puas hati. Nak lagi sedap, pi waktu bulan mengambang. Waktu tu ketam memang banyak di kedai. Pilih yang besar-besar gitu. 
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api
Ketam Masak Lemak Cili Api
Biasanya bila makan di kedai, kami pilih ketam masak sambal telur. Jarang sangat rasanya orang buat masak lemak cili api di kedai seafood hehe. Ketam masak sambal telur lah yang paling terkenal. 

Kadang-kadang kami akan beli bungkus untuk makan di rumah. Lagi sedap makan di rumah. Hampar atas meja ala ‘shell-out’ kan. Makan pun tak perlu nak cover ayu sangat. Makan bersepah pun no hal. Hihi. 

Sekarang kami dah jarang buat macam dulu. Satu, sebab farah takut gout haha. Dah tua ini kena lah sedar diri. Farah tengok sekarang orang muda pun dah ramai yang gout. Bukan orang berumur je. Makan kena jaga dari sekarang. Jangan tunggu dah sakit baru nak ber-huhu. 

Tapi kadang-kadang teringin juga nak makan ketam. Cuma makan dalam kuantiti sederhana. Udah-udah le 2kg melantak kan?

Baru-baru ini farah masak ketam masak cili api. Tak tahu kenapa tapi teringin sangat nak makan masak cili api. 

Ape lagi, Jom masak!

Ketam Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan:
4 ekor ketam - cuci dan belah 2
1 santan kotak kecil
Segenggam cili api
1 inci kunyit hidup
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Kisar cili api, kunyit dan air. 
2. Campurkan bahan kisar dengan santan.
3. Panaskan di atas dapur. Kacau selalu. 
4. Masukkan ketam dan garam secukupnya. 
5. Masak hingga ketam masak. 
6. Angkat dan sedia dihidang.
Ketam Masak Lemak Cili Api
Farah suka masak ketam agak lama supaya kulit nya sedikit lembut. Senang nak makan. Tapi jangan lama sangat, nanti isi ketam keras. Kalau di rumah korang ada alat untuk kepit kulit ketam, tak ada masalah kalau kulit keras hehe. 

Senang dan cepat kan? Tutup mata sebelah pun boleh buat kot ceewah. 

Selamat mencuba!


*Nak tahu cara bezakan ketam betina atau jantan? Farah ada cerita kat sini

Baca sini


1 comment:

  1. Akak antara peminat ketam..selain dari masak lemak cili api akak suka buat sup, masak kari, goreng sambal

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign