14 Jul 2017

Syawal 2017 Farah Sanusi di Kampung

Dah lambat ke nak cerita pasal raya? Hehe. Lama betul baru nak update kan? Cuti lama sangat la ini.  Semua kerja tertinggal. 

Tapi raya kan sebulan. Hehe. Aci lah kalau lambat 2 minggu. Kira bulan Syawal lagi ini hehe. 
A post shared by Blogger Langkawi Malaysia🙆🏻 (@farahfarhanams) on


Tahun ini farah beraya di Jerteh. Giliran beraya memang kami susun supaya sama semua beradik. Kalau tak, langsung tak jumpa dalam setahun. Maklumlah kami bukan semua duduk dekat. Kalau kira yang jauhnya farah dengan kak an lah. Sorang di Sabah, sorang di Langkawi. Langkawi pun kira jauh juga, oversea hehe. 

Kali ini farah dan hubby ambil cuti raya 2 minggu. Hubby kata sebab farah dah lama tak balik kampung, balik lah lama sikit. 
A post shared by Blogger Langkawi Malaysia🙆🏻 (@farahfarhanams) on


Kami bertolak balik 2 hari sebulum raya, tapi kami beraya kejap di jitra satu malam. Maksudnya sehari sebelum raya barulah kami bertolak balik. Waktu tempah tiket Langkawi auto farah langsung tak terfikir pasal jalan jem kalau balik lambat. Bila tinggal lagi seminggu nak balik baru lah farah terfikir. Mula lah tak sedap hati. Takut berbuka dalam kereta haha. 

Alhamdulillah jalan tak jem. 

Tak sangka pula perjalanan cepat. Tak ada masalah. Kami sampai di Jerteh tengahari. Sempat juga merasa berbuka di rumah tahun ini. 
Malam tu juga kami buat bbq sikit. Ada kambing, daging dan ayam. Setiap kali balik kampung rasanya kami buat bbq. Macam dah jadi tradisi pula. Tapi kali ini bbq dalam rumah je. 

Menu pagi raya pertama pun sama. Sebab semua orang nak benda sama. Makaroni goreng umi. Dari mula-mula umi start buat makaroni goreng sampai sekarang, ini lah menu hari raya pertama kami. Tahun ini lain sikit, tambah ada makaroni sup. 

Pagi raya pertama biasanya kami makan biasa saja, masak pun biasa je. Sebab nak pi beraya seharian. Raya seterusnya barulah menu meriah sikit hehe. 

Waktu kecil dulu, hari raya pertama mesti kami beraya di kelantan (abah asal kelantan) sampai malam. Dalam perjalanan balik rumah lepas beraya, semua pakat tidur dalam kereta. Bila sampai rumah, sedar tapi buat-buat tidur, jadi abah dukung sampai dalam bilik. Haha. Orang lain pun buat gini jugak kan? Mengaku je lah. 
Tahun ini farah dan hubby beraya kejap je kat kelantan. Sebab kami naik kereta sama dengan baby 3 bulan. Kesian baby penat nak beraya hehe. 

Farah setuju jugak balik awal waktu tu. Tak elok baby kecil lagi pi tempat ramai orang. Senang jangkit apa-apa. Orang nampak baby je mula lah nak pegang nak cium. Tangan ntah bersih ke tak. 

Jadi, raya pertama kami kejap je. Balik rumah tidur hehe. 

Raya kedua kami pi kota, rumah mertua kak an. Depa buat makan-makan sikit. Farah rasa farah makan tak banyak sangat hari tu. Haha. Yeke?
A post shared by Blogger Langkawi Malaysia🙆🏻 (@farahfarhanams) on


Ha, waktu raya hari tu jugak ira kahwin. Ira ini roomate kat USM dulu. Mujur juga kami ambil cuti dua minggu. Kalau cuti seminggu memang tak dapat pi dah majlis ira. Hari pi majlis kahwin ira, terserempak juga dengan kawan-kawan yang lain. Paen pun ada. Tapi tak ingat nak ambil gambar dengan paen haha. Dah balik rumah baru teringat tak ambil gambar. Lama tak jumpa ira. 3 tahun kot. Ira sama macam dulu. Cakap selamber je. Masa farah tengah makan nasi, dia datang kat khemah, 

“Weh, banyak giler nasik ko ara!” 

Lepas tu blah camtu je. Dah la cakap kuat. Haha. Nak buat macam mana, dah hubby yang tolong ambilkan nasi dengan lauk, banyak macam orang laki makan la. Haha. 


A post shared by Blogger Langkawi Malaysia🙆🏻 (@farahfarhanams) on

Hari ahad  minggu lepas tu pulak along dan kak ana singgah rumah sebelum balik gambang. Umi masak lontong untuk depa. Sedapppppppp! Rasa nya kali pertama kami buat lontong hehe. 


All about food
Raya kali ini kami lah paling lambat balik. Dah cuti 2 minggu kan. Hehe. Tinggal kami dengan noreen lah di rumah. Duduk dengan noreen ini ada je benda dia nak masak. Kejap itu kejap ini. Farah rasa banyak benda kami masak waktu balik kampung haritu haha. Untung lah boleh makan kan?

Apa lagi farah makan? Cendol Zam! Cendol RM2 lepas tu boleh refill. Boleh tahan sedap juga cendol, tapi tak boleh lawan cendol langkawi haha. Langkawi lagi sedap. Kat sini bukan ada cendol je. Laksa penang, pasembor, rojak, ikan celup tepung, bubur nasi.

Farah order pasembor dengan cendol. Pasembor tak macam pasembor langsung. Kuah dia rasa sos cili, isi pula banyak cucur udang. Jadi rasanya macam makan cucur udang cicah sos cili.  Laksa penang sedap. Farah makan hubby punya. Tumpang sekaki hehe.
Chillin' with sidi
Kami bertolak balik hari jumaat. Abah umi noreen pun bertolak waktu sama ke Kuala Lumpur sebab nak pi melawat tokki di sana. 

Asalnya abah ajak makan pagi sama-sama dalam perjalanan, tapi tak ada kedai buka. Mungkin sebab raya sebulan? Hihi. Jadi kami berhenti tepi jalan, salam lepas tu berpisah. 
Budak ni tak mandi sebab bertolak awal sangat haha. 
Tiap kali balik kami singgah kat Petronas sini untuk makan pagi dan isi minyak. Kat sini ada nasi bungkus. Selalunya farah ambil nasi bungkus gulai ikan. Memang sedap. Kali ini tak ada pula nasi gulai ikan. Hubby tanya kaunter, rupanya pagi-pagi lagi ada sorang uncle mai borong semua sekali. Tak ada rezeki untuk kami merasa. 

Raya tahun depan giliran di Kedah pula. Lagi 2 tahun baru raya di Jerteh semula. Agaknya macam mana lah raya kami lagi 2 tahun?

1 comment:

  1. Wah mesti happy dapat berkumpul ramai2... terliur tgk makanan tu.. huhu

    ReplyDelete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign