2 Aug 2017

Resepi Rendang Ayam Cara Mama

Resepi Rendang Ayam Cara Mama || Sejak kecil dulu farah tak berapa gemar rendang ayam. Tak tahu kenapa. Rasanya sebab pedas kot haha. Ataupun sebab waktu kecil dulu farah tak suka ada hampas serai dalam rendang. 

Bila dah kahwin dengan hubby. Farah dapat merasa rendang mama. Rendang mama ni kalau nak kata rendang utara, macam tak. Sebab bila tengok rendang utara yang orang lain buat, tak sama rupa dengan rendang yang mama buat. 

Tapi tapi tapi,

Rendang mama lah farah paling suka. Rupa dia macam gulai. Tapi rasa tak macam gulai. Hehe. Yang penting, memang sedap. 

Korang kena cuba resepi ni dulu sekali, baru lah faham apa yang farah maksudkan hehe. 
Resepi Rendang Ayam Cara Mama
Rendang Ayam Cara Mama
Baru-baru ni farah buat rendang ni sebab hubby ada jamuan di klinik. hubby kata nak masak sendiri. Tapi farah mintak nak tolong masak kan sebab masa tu dah malam. Kang bimbang lambat siap masak, tidur lewat pulak hehe. 


Rendang Ayam


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kecil. lumur garam kunyit dan goreng sebentar.
1 biji kelapa -  jadikan santan. farah guna 1 cawan santan.
*15-20 biji cili kering - rebus
*2 batang serai - dikisar
2 batang serai - di ketuk
*5 biji buah keras - tumbuk dahulu sebelum kisar
*1 labu bawang besar - kisar
6 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
*1 sudu besar rempah biji - tumbuk dahulu sebelum kisar
*1 sudu teh jintan manis - tumbuk dahulu sebelum kisar
*1 inci halia - kisar
*1 inci lengkuas - kisar
2 helai daun pandan
1 keping asam gelugor
garam
gula

Cara-cara:
1. Ayam dipotong kecil. Lumurkan dengan garam kunyit dan goreng sebentar. 
2. Kisar bahan bertanda *
3. Tumis bawang merah, bawang putih, serai yang diketuk, bersama daun pandan hingga naik bau. 
4. Masukkan bahan kisar. Masak hingga agak garing dan pecah minyak. 
5. Masukkan ayam yang telah digoreng. 
6. Masukkan santan. 
7. Masukkan gula, garam dan asam keping. 
8. Masak sehingga kuah agak pekat dan sedikit kering. 
9. Sedia dimakan dengan lemang, ketupat dan sebagainya. 

Mula-mula farah tengok bahan-bahan dia, rasa takut juga nak masak. Sebab macam banyak je bahan kan?

Sebenarnya tak susah pun. Senang je. Kebanyakan bahan di kisar. Langkah-langkah nak masak pun senang. 

Selamat mencuba!

baca sini




No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign