25 Sep 2017

Resepi Laksa Kelantan

Resepi Laksa Kelantan || Farah sendiri kurang pasti dah berapa lama teringin nak makan laksa kelantan. Lama sangat dah. Tapi kat Langkawi ni farah tak jumpa. Kalau ada laksa lemak pun yang kuah dia warna kuning. Kalau teringin memang kena masak sendiri haha. 

Nak masak tu lah yang bertangguh-tangguh. Ada je alasan. Kadang-kadang nak masak ni kita kena cari mood dulu kan? Masak tak ada mood ni tak sedap pula.

Kali ni gigih juga masak laksa kelantan. Alang-alang cuti tiga hari. Hehe. 

Jom tengok resepi Laksa Kelantan. 
Resepi Laksa Kelantan
Laksa Kelantan

LAKSA KELANTAN

Resepi asal: Aziekitchen

Bahan-bahan kuah:
500 gram ikan - rebus,ambil isi dan kisar
10 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia -kisar
1 kotak kecil santan pekat 
2 batang serai - diketuk 
1 sudu kecil serbuk lada hitam - farah tak letak
3 keping asam keping 
Air secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya

Bahan-bahan ulam:
Kacang panjang - potong nipis
Bunga kantan - potong nipis
Timun batang - potong panjang dan nipis

Bahan-bahan lain:
Laksa halus
Belacan
Garam
Sambal cili

Cara-cara masak kuah:
1. Panaskan bahan kisar. Masukkan santan, serai, asam keping, serbuk lada hitam.
2. Tambah air mengikut kepekatan masing-masing. Jangan pekat sangat, jangan cair sangat. 
3. Perasakan dengan gula dan garam. 

Hidangkan laksa dengan kuah. Tambah ulam yang dah dipotong. Ada juga orang letak daun kesum, kobis, taugeh sebagai ulam. Farah guna ulam yang mana ada je. 

Belacan tu potong kecil, bila nak makan akan gaul sekali dengan kuah. Farah tak pasti lah orang lain makan macam mana. Tapi dari kecil lagi makan laksa ada belacan dan tabur garam sikit. Kalau tak ada dua tu memang tak best makan laksa. Tak lengkap rasanya. 

Kuah Laksam pun sama dengan kuah laksa. Tapi farah belum pernah buat laksam sendiri lagi hehe. Mungkin lain kali farah cuba buat. 

Selamat Mencuba!!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign