22 Oct 2017

Makanan untuk Hb rendah

Makanan untuk Hb rendah || Baru-baru ini farah dapat keputusan darah. Pertama kali dalam hidup Hb rendah haha. Waktu bujang dulu Hb farah selalu normal. Bila nak derma darah pun tak pernah ada masalah. Masa mengandungkan medina pun Hb tak pernah rendah. Kali ini rendah? 

Sebab ape?

Ntah la. Agaknya sebab dah berumur haha. 

Waktu jumpa nurse tu, tanya juga lah kenapa rendah. Sedangkan farah memang ambil supplement. Ini dah ambil supplement pun rendah jugak. 
Makanan untuk Hb rendah
Google

Ada banyak faktor kenapa Hb rendah walaupun ambil supplement. Kalau dalam kes farah ini, sebab kafein. Kafein ini menghalang badan kita menyerap iron (zat besi) bila kita minum waktu dekat-dekat dengan ambil vitamin. 

Farah tak ambil kopi, teh, atau nescafe. Memang tak ambil langsung. Tapi farah minum air susu coklat dan minum air koko. Ha, dalam coklat dengan koko ini sebenarnya ada sedikit kafein. Milo pun sama ada kafein sikit. Farah memang minum air waktu sama dengan ambil vitamin. Sebab ini lah kot. 

Lepas dah tahu tu, serta merta hentikan air susu coklat dengan air koko haha. Air susu strawberi je lah jawabnya. Nak minum susu tanpa perisa tekak tak boleh terima. 

Buat masa sekarang tak tahu lagi berkesan ke tak. Kena tunggu cek darah lagi sebulan baru tahu. Harap-harap Hb dah normal nanti. 

Disamping hentikan air susu coklat dan air koko, apa lagi makanan yang kita boleh ambil untuk tingkatkan Hb?

Makanan untuk orang yang Hb rendah ini bukan yang tinggi zat besi je. Makanan yang tinggi vitamin C pun kena ambil. Sebab vitamin C ini membantu penyerapan Zat besi. Kalau tak cukup vitamin C pun tak elok. 

Antara makanan yang nurse sarankan untuk farah:


Sayuran hijau
Sayuran hijau ada banyak kan. Kebanyakan orang biasa sarankan makan sayur bayam lah kalau untuk Hb rendah. Lagi bagus bayam merah. 

Pegaga
Pegaga ini katanya paling tinggi nilainya kalau dibandingkan dengan sayur hijau yang lain. Lagi tinggi dari bayam. 

Jambu batu
Jambu batu pula yang paling tinggi mengandungi vitamin C. yang ini memang dari dulu farah selalu makan. Makan sejuk-sejuk kan sedap. 

Hati ayam
Hati ayam pun bagus untuk tingkatkan Hb. Tapi nurse kata tinggi cholesterol. Jadi nak makan pun kena berpada hehe. 

Buah Delima
Buah delima ini semua orang tahu rasanya. Farah jarang makan buah delima sebab tak reti nak makan. Kalau makan sebiji-sebiji makan tak puas. Kalau suap banyak, biji pulak banyak sangat. Ke orang telan je biji delima?

Daging
Daging merah orang kata lagi bagus berbanding dari daging putih untuk naikkan Hb. 


Banyak lagi makanan yang bagus untuk Hb rendah. Makanan laut, kacang. Yang farah senaraikan ini yang nurse sarankan untuk farah haritu. Hehe. 

Takut juga nak tunggu ambil darah lagi sebulan. Semoga Hb dah baik nanti. 

Babai~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign