10 Nov 2017

Makan Malam di Restoran Airport Corner, Langkawi

Makan Malam di Restoran Airport Corner, Langkawi || Lepas balik kerja petang semalam, farah tunggu hubby sampai. Macam biasa hubby pi ambil medina di rumah mama. Farah tunggu hubby di ruang tamu macam biasa. Hubby sampai dalam 15 minit selepas farah sampai.
Makan Malam di Restoran Airport Corner, Langkawi
pot pet pot pet
Selepas dah siap tukar baju, minum air sikit hubby tanya farah.

Nak ajak mama dengan abah keluar makan? Dah lama tak keluar makan.

Farah boleh je. Alang-alang rasa nak makan siakap tiga rasa hehe. Hubby pun mesej abah, abah setuju.

Biasanya kami keluar makan malam selepas solat maghrib. Kalau dulu farah selalu bersiap awal-awal, sebelum surau azan maghrib. Sekarang sebab maghrib awal, dalam pukul 7 lebih sikit je. Jadi tak perlu nak bersiap awal sangat. Lepas solat baru kami bersiap.
Makan Malam di Restoran Airport Corner, Langkawi
Banyak juga makanan kat Restoran Airport Corner ni. Somtam pun ade yumms.
Kami sampai dulu di Restoran Airport Corner sebelum mama dan abah sampai. Farah suruh hubby order makanan kami dulu sebab takut lambat. Sebab mama selalunya makan masakan panas. Masakan panas kan cepat sikit nak masak.

Restoran Airport Corner ini di mana?


Dekat je dengan rumah kami. Kalau korang lalu di bulatan lapangan terbang, terus akan nampak restoran ini. Sebab betul-betul kat bulatan lapangan terbang tu. Sebab tu lah nama dia Restoran Airport Corner hehe.

Kami selalu juga makan disini. Bagi farah harga dia tak lah mahal sangat. Masakan pun sedap juga.

Makan Malam di Restoran Airport Corner, Langkawi
Sirap Laici

Makan Malam di Restoran Airport Corner, Langkawi
Lai Chi Kang

Makan Malam di Restoran Airport Corner, Langkawi
ABC. Ni hubby punya. Tak sempat nak ambil gambar waktu ada rupa haha. Ni dah ada orang tambah rasa air tangan dia dah.

Makan Malam di Restoran Airport Corner, Langkawi
Siakap Tiga Rasa

Makan Malam di Restoran Airport Corner, Langkawi
Sayur Campur

Makan Malam di Restoran Airport Corner, Langkawi
Sotong Goreng Celup Tepung


Kalau korang tak tahu nak makan malam kat mana, pi lah Restoran Airport Corner. 

Babai~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign