14 Nov 2017

Biji Nangka Goreng??

Biji Nangka Goreng?? || Hujung minggu yang lepas, kami ke rumah mama abah. Waktu tu nak ambil barang poslaju yang dah sampai. Kami memang pos barang kerumah mama sebab mama selalu ada di rumah. Kalau pos kat rumah kami sendiri, kena pi ambil kat pejabat poslaju lah jawabnya hehe. 
Biji Nangka Goreng??
Biji Nangka Goreng??
Waktu tu farah makan buah nangka madu. Sedappp. Manis betul. Makan sejuk-sejuk bertambah sedapnya. 

Hari ni hubby balik rumah, farah nampak hubby pegang bekas microwave. Nampak kuning-kuning kat dalam bekas tu. 

Rupanya hubby bawa balik nangka dari rumah mama haha. Langkah kanan sungguh. Alhamdulillah. Tengah tak puas lagi merasa nangka, dapat lagi sampai depan mata. 

Farah apa lagi, makan terus lah semua yang ada. Kekeke.  Waktu tu hubby tanya, 

Biji nangka boleh makan?

Farah pun terdiam. Rasanya selalu makan biji cempedak. Nangka macam belum pernah makan lagi. 

Disebabkan farah tak pasti, farah pun cari lah. Google je. Apa lagi kan? 'Biji nangka goreng'. Tak jumpa pun orang goreng biji nangka. Yang keluarnya resepi biji nangka haha. Kalau kat tempat farah orang panggil butir nangka. 

Cari punya cari ada la terjumpa satu dua resepi. Tapi bukan malaysia lah. Indonesia. Kira boleh makan lah kan? 

Jadi farah pun goreng lah biji nangka yang ada. 

Hangit!

Haha. Nak tergelak pun ada. Goreng kejap je dah hangit. Rasanya patut rebus kot, jangan goreng. Sebab bila farah rasa, dalam dia ok je. Luar yang hangit. 

Rasanya biji nangka ni sama je macam biji cempedak. Farah tak rasa macam ada beza pun. Cuma susah nak makan sebab hangit kat luar hehe. Salah diri sendiri jugak. 

Korang pernah makan tak biji nangka? Benda biasa je tak biasa? 


Baca sini:

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign