5 Nov 2017

Elektrik Tak Ada Terus Telefon Nombor Careline TNB (Tenaga Nasional Berhad)

Elektrik Tak Ada Terus Telefon Nombor Careline TNB (Tenaga Nasional Berhad) || Semalam seperti semua tahu, ada lah Piala Malaysia dimana Kedah lawan Johor Darul Ta'zim. Farah bukannya peminat bole. Sebenarnya tak peduli pun pasal bola. Berapa orang satu pasukan pun tak tahu haha. Hubby pula jenis yang tengok bola jarang-jarang. Bukan pengikut dan penonton tegar. 

Kali ni pun farah nak tengok sebab nak tahu Kedah menang atau tak. Dengar kata Kedah cuti peristiwa kalau menang. Kita ape lagi kan. Berharap lah. Best juga kalau cuti. Rehat lama sikit. Minggu ni 7 hari kerja. Kalau dapat cuti tu dapat lah berehat juga satu hari. 

Malang tak berbau, pukul 8.15 malam elektrik kat kawasan rumah kami takde. Haha. Itu lah, padan muka. Niat sokong bola tak betul. 

Selepas tak ada elektrik, hubby macam biasa telefon careline TNB terus. Hubby buat laporan elektrik tak ada. Customer service beritahu masalah akan diselesaikan dalam masa satu jam ke dua jam. 

Aduhh. Lama tu nak tunggu. Tapi nak tak nak kena tunggu ke je lah.

Rumah kami tak ada lampu suluh. Mula-mula tu suluh guna handphone dengan powerbank je. Powerbank kami ada lampu. Lepas tu hubby pi selongkar laci dapur cari lilin. Mujurlah lilin ada satu kotak. Kalau nak pasang lampu handphone satu malam habis lah bateri nanti. 
Elektrik Tak Ada Terus Telefon Nombor Careline TNB (Tenaga Nasional Berhad)
Kami pasang dua lilin di dapur. Tempat kena pilih yang selamat.
Medina pula seronok tengok ada lilin kami pasang. Maklunlah tak pernah tengok lilin hehe. Sibuk dia jerit, 

"Lampuuuuu"

Semua benda menyala pun dia panggil lampu haha. 

Lepas dah pasang lilin kat dapur, farah teringat dulu pernah beli lilin wangi di ikea. Seingat farah banyak juga. Farah pun cari lah. Lepas jumpa, farah pasang lilin tu kat tandas. Senang sikit nak pi tandas tak payah usung lilin kesana kemari. 
Elektrik Tak Ada Terus Telefon Nombor Careline TNB (Tenaga Nasional Berhad)
Romantik sikit nak buang air haha.
Tak ada bau pun lilin wangi tu haha. Tapi cantik jugak pasang banyak-banyak dalam tandas. Macam dalam cerita pulak hehe. Kalau ada tub mandi boleh jugak berendam. 

9.30 malam, elektrik pulih semula. Alhamdulillah. 

Boleh lah medina tidur nyaman sikit bila ada elektrik. Kami pun lega. 

Kalau kawasan rumah korang tak ada elektrik, telefon je terus careline dia. Sekurang-kurangnya kita tahu TNB ambil tindakan. Cepat sikit masalah selesai. 

Nombor careline TNB: 15454


No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign