3 Nov 2017

Planner 2018 Dari notbooknotbuk.com Dah Sampai!!

Planner 2018 Dari notbooknotbuk.com Dah Sampai || Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba juga akhirnya. Hari ni planner tahun 2018 farah sampai!!

Planner 2018 Dari notbooknotbuk.com Dah Sampai!!
Horeyyyyy!
Excited weh. Haha. Ye lah dok tunggu poslaju mai tiap-tiap hari. Balik kerja je tunggu hubby balik, tengok ada barang sampai tak. Ala, korang pun kalau shopping mesti sama juga kan? Dok tunggu posmen hantar barang hari-hari hehe.

Kali ni farah beli planner. Awal sangat tak nak beli planner 2018? Bagi farah bulan November dah tak awal mana kalau nak beli planner. Waktu ni kadang-kadang kita dah ada plan benda untuk tahun depan kan?

Farah beli awal sebab farah nak sediakan planner farah awal, sebelum masuk tahun 2018. Apa maksud farah bila farah kata nak sediakan planner? Bukan planner dah tersedia lengkap ke isi dia?

Tak. Planner tak lengkap. Sekurang-kurangnya pada pandangan farah tak lengkap hehe.

Sebab?

Bila beli planner yang dah disediakan semua bahagian kat dalam planner tu, biasanya mesti ada bahagian kita tak guna kan? Contohnya farah biasanya tak guna bahagian daily planner, ataupun habit tracker.

Tujuan farah beli planner dari notbooknotbuk.com ni sebab dia ada jual planner binder. Yang jenis ada ring kat dalam, jadi kita boleh tambah dan buang bahagian kita nak. Jadi planner yang kita guna ni agak do-it-yourself.

Ada orang tak suka kalau nak kena isi sendiri. Tak ada masalah. Beli je yang dah lengkap. Ada je yang lengkap dijual.

Farah jenis nak benda lain ada dalam planner sekali. Dan farah selalu tambah benda baru bila hal kerja ada pertambahan. Contohnya jadual. Jadual selalu ada jadual baru, jadi selalu kena tambah. Kalau pakai planner biasa, farah kena gam. Jadi farah tak suka. Nanti planner kembung sebab banyak gam.

ADA APA DENGAN PLANNER BINDER NOTBOOKNOTBUK?


Planner 2018 Dari notbooknotbuk.com Dah Sampai!!
Bila sampai dalam sampul poslaju tu ada macam ni. Dalam kotak tebal tau. Kalau kemik pun kotak yang kemik dulu. Barang kat dalam ok je hehe. 

Planner 2018 Dari notbooknotbuk.com Dah Sampai!!
Tadaa! ha dapat sticker, namecard dengan flyer sekali. Dalam flyer tu ada tulis kod untuk korang dapat free shipping bila beli lain kali hehe. 

Planner 2018 Dari notbooknotbuk.com Dah Sampai!!
Ni lah yang farah beli hehe. Farah beli kulit planner, refill pack bulanan dan refill pack kertas bergaris. Ada banyak lagi pilihan refill pack. Farah tak beli semua sebab farah tak guna semua. Beli yang mana nak je. 

Planner 2018 Dari notbooknotbuk.com Dah Sampai!!
Yang kiri tu planner baru 2018. Yang kanan tu yang farah guna sekarang untuk 2017. Sebenarnya suka gila corak yang 2017 tu. Tapi bosan la kalau pakai yang sama untuk tahun depan haha. Kulit baru, barulah semangat sikit. 

Planner 2018 Dari notbooknotbuk.com Dah Sampai!!
Farah buat divider sendiri. Divider pun ada jual. Tapi farah tak mau, nak yang farah sendiri jugak haha. 

Planner 2018 Dari notbooknotbuk.com Dah Sampai!!
Ring kat tepi macam ni lah. Saiz kertas dia A5. Kalau nak tambah kertas-kertas warna tu potong dua je kertas A4 terus muat. 
Ape lagi? Kalau tak ada idea nak beli planner kat mana, pi je notbooknotbuk.com. Hehe. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign