17 Nov 2017

Resepi Ayam Masak Lemak Kuning

Resepi Ayam Masak Lemak Kuning || Beberapa hari yang lepas, kami di klinik agak langkah kanan. Dapat makanan percuma yang tak habis dari klinik kesihatan. Nasi putih, ayam masak lemak, sambal belacan, ulam dan air sirap. 
Resepi Ayam Masak Lemak Kuning
Resepi Ayam Masak Lemak Kuning
Farah tak pasti ayam tu masak lemak biasa atau masak lemak cili api. Bila makan tak rasa pedas, jadi farah rasa masak lemak kuning biasa je kot. 

Lepas dah makan ayam masak lemak hari tu, rasa nak makan lagi pula. Jadi hari ni merajinkan diri masak makan malam lepas balik kerja hehe. 

Belek-belek peti ais, ayam dah ada. Barang pun kebanyakan dah ada. Yang belum ada cuma santan dan bawang (bawang selalu habis haha). Farah plan nak buat ayam masak lemak biasa sebab medina tak boleh pedas. Kalau buat masak lemak cilia pi nanti tak makan lah dia. 

Lepas beli, balik rumah dan masak. Tapi lewat juga farah mula masak. Kami makan lepas solat maghrib. Kalau tak, biasanya boleh makan awal sikit. 

Ayam masak lemak ni senang je. Kalau kali pertama masak, nak cuba-cuba resepi boleh cuba resepi ni. Mesti menjadi hehe. 

Jom buat ayam masak lemak kuning!

AYAM MASAK LEMAK KUNING


Bahan-bahan:
4-5 ketul ayam saiz sederhana – boleh potong kecil 
1 kotak kecil santan – farah guna 200ml
2 biji bawang merah – tumbuk
1 inci kunyit hidup – tumbuk
1 batang serai – ketuk
2 biji kentang – kerat 4
Timun batang – tak kisah banyak mana. Farah suka banyak. Kerat bulat, kemudian yang bulat tu kerat lagi separuh. 
Garam atau perasa
Air secukupnya – farah guna dalam 2 cawan

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang dan kunyit yang ditumbuk sebentar. 

2. Masukkan santan dan air. Kacau sebati. 

3. Masukkan ayam dan serai. 

4. Biarkan mendidih dengan api perlahan. 

5. Bila ayam dah masak. Masukkan kentang.

6. Masukkan timun batang bila kentang hampir masak. Biar timun masak sebentar.

7. Masukkan garam atau perasa juga suka.
Resepi Ayam Masak Lemak Kuning
Resepi Ayam Masak Lemak Kuning
Alhamdulillah hubby cakap sedap dengan nada yang ikhlas kahkahkah. Farah pun puas hati. Makan sampai dua pinggan gitu hehe. 

Selamat mencuba!


Baca sini:

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign