28 Nov 2017

Resepi Cek Mek Molek

Resepi Cek Mek Molek || Hari hujan lebat memang sedap kalau dapat makan kuih cek mek molek panas-panas. Dengan gula cair kat dalam, sekali gigit boleh melecur lidah haha. 

Resepi Cek Mek Molek
Resepi Cek Mek Molek
Kebetulan haritu farah beli ubi keledek tapi tak habis guna bila masak. Ada lah tinggal sikit. Teringat pula kat cek mek molek. Dah lama tak merasa cek mek kat kampung sendiri. Di negeri lain bukan tak ada. Tapi kurang manis. Macam tak ada gula je. Tak umph lah bila makan kurang manis.

Farah pun merajinkan diri buat cek mek hehe. Tak susah mana buat cekmek ni. Cuma nak menggentel biar bentuk cantik tu yang farah tak pandai. Farah tengok orang lain buat cantik bujurnya, hujung pula tajam elok. Jeles tau.

Apa lagi, jom buat cek mek molek!!


CEK MEK MOLEK


Bahan-bahan:
Ubi keledek
Tepung gandum
Gula

Cara-cara:

1. Buang kulit ubi keledek. Potong saiz biar agak kecik supaya senang masak. 

2. Rebus ubi sehingga masak. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk sebentar. 

3. Lenyek ubi keledek sehingga betul-betul lumat. Farah guna lesung je. 

4. Selepas semua ubi dah dilenyek, campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul. Jangan banyak sangat kalau tak nanti cek mek keras. Kena pandai-pandai agak. 

5. Ambil sedikit adunan yang dah siap dan leperkan atas tapak tangan. Letak sedikit gula ditengah, kemudian tutup dan bentukkan membujur. Gula pun jangan terlebih kalau tak bila goreng nanti tembus.

6. Panaskan minyak untuk menggoreng dengan api sederhana. Goreng cek mek sehingga masak. Jangan guna api besar sebab kalau tak bahagian luar dah masak tapi gula tak cair habis. 

Siap!

Nak makan waktu panas kena berhati-hati, air gula panas sangat nanti melecur lidah. 

Farah tak pandai sangat bentukkan cek mek, jadi rupa dia gemuk macam dugong haha. Takpe lah asal rasanya sedap. Terubat lah rindu nak makan cek mek kan.

Selamat mencuba!!
Resepi Cek Mek Molek
Resepi Cek Mek Molek


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign