18 Nov 2017

Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral

Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral || Hari tu ada viral resepi apam 3 bahan. Farah dah cuba buat resepi tu. Korang boleh tengok kat SINI. Memang menjadi, gebu dan sedap. Orang lain yang cuba apam farah buat tu pun kata sedap. 

Minggu ini viral pula kek oreo 2 bahan. Fuuh. Farah tengok semua pakat dok buat kek ini. Kita pun teringin lah juga nak cuba. 
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Oreo kan makan saja dah sedap. Buat kek mesti sedap kan? Hehe. Semalam membuak-buak rasa semangat nak buat kek 2 bahan ini. Pagi-pagi je terus suruh hubby pi beli barang nak buat. Barang pun dua benda je kan. 

Tapi malangnya, hubby beli satu je oreo. Dia ingat farah tulis satu je haha. Terpaksa tunggu hubby keluar semula lepas solat jumaat. Jadi petang juga baru sempat buat kek oreo 2 bahan ini. 

Senang yang amat nak buat kek ini. Tak payah leceh-leceh timbang, sukat, campur tepung bla bla bla. 

Orang kata kek oreo 2 bahan ini manis dah makan macam tu je. Tapi farah rasa tak cukup manis kalau makan saja. Farah makan dengan topping baru rasa sedap sikit. 

Jom buat kek oreo 2 bahan!

KEK OREO 2 BAHAN VIRAL

Bahan-bahan:
2 paket panjang oreo - farah guna perisa original. Patah-patahkan. 
200ml susu segar - lebih sedap guna perisa coklat 

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kedalam blender. Blender kena guna yang tak ada bau atau rasa cili dan bawang ya. 

2. Kisar semua hingga hancur lumat.

3. Tuangkan kedalam acuan.

4. Kukus selama 20-30 minit. Kalau acuan dalam biasanya lama sikit.

5. Selepas masak, sejukkan sebentar baru keluarkan dari acuan. Jangan bimbang kek tak melekat kat acuan.

6. Biarkan sejuk sebelum curah topping kegemaran.

Bahan-bahan topping:
150 gram coklat masakan
35 gram susu cair
1 sudu kecil butter

Cara-cara topping:

1. Masukkan semua bahan kedalam bekas untuk double boiler. 

2. Masak hingga semua cair dan sebati. 

3. Biarkan sejuk sebentar.

4. Curah keatas kek tadi.

Siap! 
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Topping tu farah suka buat lebih. Nanti nak makan kek boleh makan topping banyak hehe. 

Kek ini agak padat. Kalau korang kurang gemar kek padat, mungkin tak kena selera. Tapi kek ini memang moist. 

Selamat Mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

2 comments:

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign