24 Nov 2017

Resepi Nasi Goreng Cina

Resepi Nasi Goreng Cina || Farah masak nasi goreng cina kali ni untuk bawa bekal ke kerja. Waktu kecil dulu nasi goreng cina ni salah satu nasi goreng kegemaran farah. Bila ke kedai mesti order nasi goreng cina. Sekarang dah besar ni dah kenal banyak jenis masakan panas, tak lah selalu sangat order nasi goreng cina hehe. 
Resepi Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina
Farah memang suka letak telur hancur dalam nasi goreng. Hampir setiap kali masak nasi goreng, farah akan letak telur hancur. Hubby pun lagi suka kalau ada telur. Kecuali kalau farah masak sekali untuk medina, baru lah tak letak telur sebab medina alahan. 

Biasanya farah masak hemtam saja campak-campak. Tak pernah pula cari resepi nasi goreng cina sebab agak mudah untuk buat. Tapi kali ni saja nak tengok orang lain masak macam mana. Farah cuba resepi kak aziejaya

Resepi kak aziejaya ada gaul nasi putih dengan marjerin sebelum masak. Ha, yang ni lah yang lain. Farah belum pernah lagi gaul nasi dengan mentega bila goreng nasi goreng cina. Macam menarik kan?

Untuk lauk farah letak udang dan ayam. Udang tu lauk farah, ayam pula lauk hubby. Hubby tak suka udang. Kalau letak ketam dia makan lah ehhehe. 

Jom masak nasi goreng cina!

NASI GORENG CINA


Bahan-bahan:
Sedikit dada ayam - potong dadu
5 ekor udang - cuci dan belah belakang
2 mangkuk nasi
Seikat sawi - potong panjang
1 biji telur
2 sudu mentega
3 biji bawang merah - mayang
1 biji bawang putih - ketuk dah cincang
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
Minyak untuk menumis
Garam

Cara-cara:

1. Masukkan mentega kedalam nasi dan gaul rata. 

2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 

3. Masukkan ayam dan udang. Masak sehingga separuh masak. Masukkan lada sulah. 

4. Tarik semua bahan ke tepi, pecahkan sebiji telur. Tunggu hingga separuh masak dan kacau hingga hancur. 

5. Gaul semua bahan tadi semula. Masukkan sayur sawi. Gaul. 

6. Masukkan nasi. Gaul sehingga sekata. 

7. Masukkan garam atau perasa secukupnya. Gaul.

Siap!!
Resepi Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina
Sedap nasi goreng cina ni. Licin farah makan hehe. Cara masak pun mudah je. 

Sayur sebenarnya tak kisah lah nak guna sayur apa. Farah suka sawi, sebab tu farah letak sawi. Nak letak lobak merah pun boleh je. 

Selamat mencuba!!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign