6 Nov 2017

Resepi Pisang Goreng

Resepi Pisang Goreng || Baru-baru ni farah ada teringin nak makan pisang goreng. Kebetulan waktu tu ada pisang di rumah. Jadi farah cuba buat pisang goreng sendiri. 

Zaman sekarang ni kalau beli pisang goreng, nipis sangat pisangnya. Agaknya pisang dihiris sepuluh. Makan dah macam makan kerepek pisang haha. 

Kalau goreng sendiri ni boleh lah makan pisang gemuk sikit kan?

Resepi ni farah google sebenarnya. Tapi terlupa pula simpan nama tuan punya resepi. Ampunnn. Kalau ada terjumpa boleh beritahu farah untuk farah letak link ya. 

Jom cuba resepi pisang goreng!!

Pisang Goreng

Resepi Pisang Goreng
Pisang Goreng
Bahan-bahan:
Pisang - belah tengah
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
air secukupnya

Cara-cara:

1. Masukkan tepung beras, tepung gandum, baking powder, garam dan serbuk kunyit di dalam satu bekas. 

2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan mendapat kepekatan yang sesuai. Jangan pekat sangat jangat cair sangat. 
Resepi Pisang Goreng
3. Panaskan minyak. Pastikan cukup dalam untuk pisang tenggelam. 

4. Celup pisang yang sudah di belah kedalam adunan tadi. 

5. Goreng pisang di dalam minyak yang sudah panas tadi. Balikkan sehingga sedua belah masak. 

6. Sedia dimakan. 


Hubby cakap sedap dah bila makan. Macam kat kedai katanya. Tapi farah tak puas hati sebab bila sejuk, tepung yang salut pisang tu jadi lembik. Dah tak nikmat dah nak makan. kena makan waktu panas je. 

Tak tahu lah kalau farah ada tersilap cara goreng dia. Mungkin. Mana tau kan?

Selamat Mencuba!!

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign