11 Nov 2017

Resepi Roti Kerca Dato Seri Siti Nurhaliza

Resepi Roti Kerca Dato Seri Siti Nurhaliza || Pagi semalam berangan-angan nak buat roti kerca. Malangnya bangun lewat, kami pula kejar masa nak ke bank. Jadi makan pagi beli saja lah jawabnya. 

Tengahari tu juga farah buat roti kerca. Teringin sangat nak cuba haha. Tak nak tangguh lama-lama. 

Resepi ni dapat dari facebook. Ramai sangat nampak orang share resepi. Resepi asal dari fb khairul hakimin muhammad. Katanya ilham dari Dato Seri Siti Nurhaliza.

Kita pun nak rasa jugak, tapi resepi derhaka sikit hehe. Guna apa ada kat dapur je.
Resepi Roti Kerca Dato Sri Siti Nurhaliza
Roti Kerca Dato Sri Siti Nurhaliza
Resepi asal gunakan daging cincang. Farah tukar dan gunakan ayam cincang. Bimbang hubby tak suka rasa daging. Kadang-kadang bau pun dia tak mau.

Jom buat Roti Kerca!

Roti Kerca

Bahan-bahan kuah:
1 keping daging cincang
1 biji kentang, potong dadu kecil
1 tin kecil tomato puri
3 sudu besar rempah kari daging
*1 biji bawang besar 
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 kotak kecil santan
2-3 cawan air
Secubit garam

Cara-cara kuah:

1. Tumbuk bahan bertanda * sampai lumat. 

2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. 

3. Rempah kari gaul dengan air sikit jadikan paste. Masukkan dalam kuali tadi. 

4. Masukkan santan dan air. Kacau. 

5. Masukkan kentang dan daging cincang. Ayam cincang pun boleh. 

6. Kacau. Biarkan masak. 

7. Lepas mendidih, masukkan tomato puri.

8. Kacau. Masukkan garam/perasa.

Bahan-bahan roti:
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
2 biji telur

Cara-cara roti:

1. Kisar semua guna blender. 

2. Panaskan kuali non stick. 

3. Masukkan sesenduk. Biar cukup-cukup je. Jangan tebal sangat. 

4. Biar masak kejap, lepas tu angkat.

5. Gulung.
Resepi Roti Kerca Dato Sri Siti Nurhaliza

Nak makan nanti gunting je roti tu. Tuang kuah tadi. Tabur bawang goreng. Makannnnn.

 Resepi Roti Kerca Dato Sri Siti Nurhaliza

Hubby kata sedap. Rasa macam makan roti jala haha. Farah rasa lain kali farah nak kurangkan serbuk kari, dan lebihkan tomato puree. Mungkin rasa akan lebih kearah rasa sos spageti macam tuan punya resepi cakap hehe. 

Tapi apa-apa pun resepi ni dah cukup sedap dah. Makan berpinggan-pinggan juga tadi haha. 

Kuah dia ada lebih lepas kami makan tadi. Jadi farah bungkus untuk dibekukan. Nanti pagi-pagi nak sarapan senanglah untuk panaskan. 

Roti kerca ni sesuai untuk buat makan kalau korang dah bosan makan roti jala kot. Roti dia pun lembut walaupun dah sejuk. Sedap!

Selamat Mencuba!!


No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign