2 Nov 2017

Resepi Spaghetti Carbonara Tanpa Sos Prego

Resepi Spaghetti Carbonara Tanpa Sos Prego || Spageti carbonara ni farah buat sebab medina. Dia suka makan mee. Agaknya makan mee lebih menarik sebab panjang-panjang dan boleh sedut hehe. 

Biasanya kalau makan spageti, kami bagi dia makan bolognese. Sebab farah kurang gemar carbonara. Cepat sangat muak. Tapi kali ni buat juga carbonara. Sekali sekala. Kalau hari-hari makan benda sama kita pun bosan kan?

Resepi ni farah google je. Sebab saja nak cuba buat sos carbonara sendiri, bukan beli sos siap. 

Boleh tahan juga rasanya. Tapi hubby tak suka sangat. Haha. Hubby memang tak berapa layan spaghetti. 

Jom buat Spaghetti Carbonara tanpa sos prego!

Spaghetti Carbonara Tanpa Sos Prego

Resepi asal: Monica Linsua (facebook)

Resepi Spaghetti Carbonara Tanpa Sos Prego
Spaghetti Carbonara Tanpa Sos Prego

Bahan-bahan:
Spaghetti - ikut banyak mana nak makan
Minyak zaitun untuk menumis
3 ulas bawang putih - dicincang halus
Sosej - farah tak letak
Lada Benggala - farah tak letak
2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung jagung
2 keping keju cheesedale
1 kiub Ayam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan bawang putih yang sudah dicincang halus. Tumis sebentar hingga sedikit perang.

2. Masukkan sosej dan lada benggala. Kacau hingga masak. 

3. Masukkan susu segar. Masak hingga mendidih. 

4. Masukkan 2 sudu tepung jagung untuk pekatkan kuah. Farah suka bancuh tepung jagung dengan sedikit air terlebih dahulu. 

5. Masukkan keju Cheesedale. Kacau hingga keju larut dan sebati. 

6. Perasakan dengan kiub ayam. Kacau. 

7. Tuangkan diatas spaghetti yang telah siap direbus. 


Tips rebus spageti: Baca arahan pada paket spageti terlebih dahulu sebelum masak. Masa yang guna untuk masak tak sama ikut jenama. Tapi kebanyakannya masak 8 minit selepas dimasukkan kedalam air mendidih. 

Selamat mencuba!!

1 comment:

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign