24 Dec 2017

Petua Hilangkan Batuk

Petua Hilangkan Batuk || Beberapa minggu ini farah tengok ramai yang batuk. Dari yang tua hingga yang muda malahan bayi pun ada menghidap batuk. 
Petua Hilangkan Batuk
Petua Hilangkan Batuk
Dua hari ini pula hubby dan farah mula gatal tekak. Kami dah mula bimbang. Takut-takut batuk teruk dan jangkit kepada medina pula. Hubby kalau sakit biasanya bukan sejenis. Mesti nak pakej. Kalau demam ada selsema lah, batuk lah hehe. 

Jadi farah bimbang juga kalau hubby demam sebab batuk dan sakit tekak. Memang sekarang ada makan ubat juga, tapi bagi farah apa salahnya kita cuba juga petua tradisional untuk merawat batuk. Tambah-tambah lagi tengah berbadan dua ini, tak elok makan ubat batuk. Nak makan ubat batuk pun kena pilih jenis mana yang boleh makan.   

PETUA HILANGKAN BATUK

1. Madu

Rasanya semua orang tahu kot madu baik untuk batuk. Boleh makan macam tu je atau kalau kurang gemar madu macam farah ini, buat air panas segelas, campur dengan lemon atau limau nipis. Tips untuk madu. Jangan guna sudu besi ya. Guna sudu plastik atau kayu sahaja. Sudu besi boleh menghilangkan khasiat yang ada pada madu. 

2. Halia

Ini salah satu cara kegemaran farah. Ambil satu inci halia. Buang kulit dan hiris nipis. Campur dengan segelas air panas. Biarkan dalam 10 minit. Kemudian minum air tadi. Buat dua kali sehari. Farah suka campur dengan madu atau limau nipis atau lemon. 

3. Kunyit

Ini petua yang farah baru tahu. Tak pernah pula cuba. Tapi kunyit memang kita tahu banyak khasiatnya. Apa salahnya cuba kan? Rebus segelas air, masukkan satu sudu kecil kunyit rebus sekejap. Bila air dah suam boleh diminum. 

4. Limau nipis dan Kicap

Yang ini memang kali pertama dengar. Ini petua orang dahulu lagi. Campur satu sudu kicap dengan perahan limau nipis. Selepas minum kicap campur limau ini, minum pula air panas. Buat dua kali sehari. 

5. Minum banyak air

Bila badan sihat tanpa penyakit sekalipun kita memang digalakkan minum banyak air. Kalau tak sihat mestilah kena minum banyak air juga kan? Minum air boleh membantu melembabkan tekak kita terutamanya bila banyak sangat batuk. 

6. Tidur tinggikan kepala

Posisi tidur memang penting untuk memastikan lendir atau hingus turun ke belakang.

7. Mandi air panas

Mandi air panas boleh menyegarkan badan kita disamping membuka sinus hidung dan melonggarkan kahak. 

8. Sup ayam

Sup ayam selalunya orang panggil sup antibiotik. Sebab memang bagus untuk demam, batuk dan selsema. Lagi bagus kalau guna ayam kampung berbanding ayam daging. 

9. Lada hitam

Lada hitam pun boleh dimakan bersama madu juga. Campur sedikit lada hitam dengan satu sudu madu. Bancuh dengan air panas. Biarkan sebentar dan minum. Buat dua kali sehari.

10. Buah anggur

Buah anggur katanya boleh mengeluarkan lendir di saluran paru-paru. Cara nya buat jus dan minum dua kali sehari. Tapi kalau terlebih, boleh pula menyebabkan batuk makin teruk. Jadi farah tak sarankan guna cara ini.

11. Coklat

Yang ini mesti ramai yang suka hehe. Coklat dikatakan mengandungi theobromine yang memberi tekanan kepada saraf vagus. Saraf vagus ini lah yang menghasilkan reaksi batuk. 

12. Bawang putih campur madu

Ini tips yang farah jumpa di siraplimau. Cincang halus 3-4 biji bawang putih. Campur dengan 1 cawan madu. Tutup dan simpan selama 3 jam. Selepas 3 jam boleh makan 1 sudu teh dan diulang setiap sejam. Menarik kan? 

Farah kebanyakannya minum air suam dengan madu dan halia. Hubby pula memang farah bagi air madu paling kurang dua kali sehari. Pagi sebelum kerja dan petang waktu makan malam. 
Petua Hilangkan Batuk
Petua Hilangkan Batuk
Ada juga orang kata bagus minum madu pagi-pagi waktu perut kosong. Farah selalu lupa nak minum bila bangun tidur sebab kalut nak masak hehe. 

Sila lah cuba. Semoga dapat membantu.


Baca sini:
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign