21 Dec 2017

Resepi Asam Pedas Ayam

Resepi Asam Pedas Ayam || Sebut saja asam pedas, kecur air liur. Sedapnya hirup kuah asam pedas panas-panas. 
Resepi Asam Pedas Ayam
Resepi Asam Pedas Ayam
Farah baru tahu yang asam pedas ini dipanggil Kengsom. Mula-mula tahu tu sebab waktu ke kedai makan, farah nampak dalam menu ada tulis kengsom. Bila tanya hubby, dia pun tak tahu apa dia. Farah pun cari maksud kengsom. Rupanya asam pedas maksudnya hehe. Tapi farah tak tahu lah cara masak sama atau tak. 

Farah mula minat asam pedas ini lepas baca novel Asam Pedas Untuk Dia. Haha. Mengarut tak? Betul tak tipu. Dulu kalau pi kedai makan, tak lah pandang sangat asam pedas ini. Mesti tengok lauk pauk yang kenal je. Ayam kicap ke, ayam sambal ke. Ala, lauk pauk yang biasa. Tapi lepas baca novel tu farah teringin nak cuba asam pedas. Waktu tu rasanya tak ada memori makan asam pedas.

Lepas tu bila pi kedai farah cuba lah ambil lauk asam pedas. Oh sedap!! Farah suka masakan yang agak masam-masam. Asam pedas kan masam sikit. Pedas tu kalau tak tahan nasib lah hehe. 

Di rumah farah tak pernah masak asam pedas. Ini lah kali pertama. Sebabnya kebanyakan masakan asam pedas kan ikan atau ikan pari. Hubby tak berapa selera sangat sesetengah lauk ikan. Tapi rupanya ada juga asam pedas ayam haha. Pengetahuan am farah ini kurang betul, banyak benda yang baru tahu. 

Lepas tu baru lah farah buat asam pedas ayam. Baru lah hubby boleh makan kan. 

Jom kita buat asam pedas ayam!

ASAM PEDAS AYAM

Resepi asal: aziekitchen

Bahan-bahan kisar:
1 biji bawang holland saiz besar
3 ulas bawang putih
4 hiris lengkuas
½ inci halia
½ inci kunyit hidup

Bahan-bahan lain:
2 batang serai -  ketuk
1 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan 1 mangkuk air
1 kuntum bunga kantan - belah dua
7 sudu besar cili kisar
Garam
Air secukupnya
Minyak masak
Bendi 

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Jumlah agak-agak banyak untuk bahan kisar. 

2. Tumis bahan kisar dan serai hingga garing dan naik minyak.

3. Masukkan cili kisar. Tumis hingga cili garing dan naik minyak lagi.

4. Masukkan air asam jawa. Masak hingga pecah minyak juga. 

5. Masukkan air. Agak-agak ikut pekat yang kita nak. Biarkan mendidih.

6. Masukkan ayam dan bunga kantan.

7. Masukkan bendi. Biarkan mendidih dengan api kecil.

8. Masukkan garam secukupnya.

Siap!
Resepi Asam Pedas Ayam
Resepi Asam Pedas Ayam
 Sedapnya rasa masam-masam pedas. Pedas tu kurangkan lah kalau tak tahan. Farah buat pedas biasa je. Farah dan hubby pun tak makan pedas sangat. Bendi pula tak ada hari yang nak buat tu. cari di pasar pun tak ada. Jadi farah tak letak bendi. 

Selamat mencuba!

Baca sini:

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign