17 Dec 2017

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri || Masakan yang farah tunggu-tunggu setiap kali pi kenduri mestilah ayam masak merah kenduri. Ada beza ke dengan ayam masak merah biasa?
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
Sejujurnya ntah lah. Tapi farah selalu rasa ayam masak merah kenduri lebih sedap dan kurang pedas. Kalau tanya orang-orang tua, selalu farah dapat jawapan yang sama, 

“Letak sos tomato lebih”

Ha, jadi farah rasa tu lah bezanya dengan ayam masak merah biasa. Mungkin sebab tu farah suka ayam masak merah kenduri, farah memang suka sos tomato hihi. 

Resepi kali ini farah suka. Sedap makan puas hati. Farah makan menambah tau hehe. Cuba lah resepi ini. Tak rugi mencuba.

Jom buat ayam masak merah kenduri!

AYAM MASAK MERAH KENDURI

Resepi asal: ummizaidi

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - basuh dan potong kecil. Perap dengan garam kunyit kemudian goreng separuh masak.
2 @ 3 senduk cili kisar - kisar bersama bawang merah dan putih. farah guna 20 cili kering.
5 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
½ botol sos tomato saiz biasa
Gula
Garam
1 cawan air
1 bawang holland - hiris bulat
2 buah tomato - kerat 4
Nenas - kerat kecil

Bahan tumis:
3 ulas bawang putih- ketuk’
2 ulas bawang merah - tumbuk
1 inci halia - ketuk
2  batang serai- ketuk
1 kulit kayu manis
1 sudu kecil buah pelaga
2 kuntum bunga lawang


Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.

2. Masukkan bahan kisar tadi. Kacau. Kemudian masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga,  dan bunga lawang. Kacau. Masak sehingga naik minyak dan cili garing.

3. Masukkan air dan kacau.

4. Masukkan sos tomato. Masak sehingga kuah agak pekat.

5. Masukkan gula dan garam secukupnya.

6. Bila kuah semakin pekat, masukkan ayam dan bawang holland. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam masak. 

7. Masukkan tomato dan nenas. Kacau sebati.

8. Tambah air mengikut kepekatan yang perlu. Kalau dah cukup pekat, boleh tutup api. 

Siap!
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
Oh sangat seddappppp! Tengah taip entri pun teringat-ingat hehe. Farah suka lauk ini. Rasanya hubby pun suka. Hubby lagi lah suka ayam masak merah. 

Selamat Mencuba!

Baca sini:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign