29 Dec 2017

Resepi Bihun Goreng Singapore

Resepi Bihun Goreng Singapore || Waktu belajar di USM Kelantan dulu, ada salah sorang kawan farah dan hubby tinggal berdekatan universiti kami. Bila hari raya dia akan ajak ke rumah untuk jamuan rumah terbuka. Pernah sekali tu mak dia buat bihun goreng singapore. 
Resepi Bihun Goreng Singapore
Resepi Bihun Goreng Singapore
Dalam memori farah, farah tak berapa ingat sangat rasa bihun goreng kat rumah dia. Tapi hubby selalu sebut. Katanya sambal kicap yang mak kawan kami buat tu sedap. Jadi bihun goreng singapore tu pun rasa sedap. Dan bihun goreng singapore tu lah paling sedap hubby pernah makan haha. 

Ini yang susah nak lawan ini. Hubby dah ada rasa bihun goreng dalam kepala dia yang dia nak. Mana lah kita dapat buat sama kan? Mustahil lah. 

Farah redho je sebenarnya kalau tak sesedap bihun dalam memori hubby haha. Asalkan bihun kita goreng tu boleh makan sudah. Kalau tak suka sangat masak sendiri haha. Jahat tak?

Jom buat bihun goreng singapore!

BIHUN GORENG SINGAPORE

Resepi asal: rasarempah

Bahan-bahan:
1 bungkus bihun - farah guna separuh je. Rendam dalam air biasa sekurangnya 30 minit
kemudian toskan.
10 ekor udang saiz sederhana - cuci dan basuh
Sedikit kubis - potong kecil
1 biji lobak merah saiz kecil - potong panjang dan nipis
1 labu bawang besar- kisar
3 ulas bawang putih - kisar
½ inci halia - kisar
1 sudu besar udang kering - kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
Garam secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bahan kisar hingga naik bau. 

2. Masukkan udang. Kacau dan masak sehingga udang hampir masak.

3. Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.

4. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau. 

5. Masukkan bihun. Kacau sehingga semua rata dan bihun lembut dan masak. 

6. Perasa kan dengan garam.

Siap!
Resepi Bihun Goreng Singapore
Resepi Bihun Goreng Singapore


Bihun goreng singapore biasanya makan dengan sambal kicap pedas. Hubby bila makan bihun goreng singapore memang dia akan minta sambal kicap pedas sekali. 

Selamat mencuba!

Baca sini:

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign