28 Dec 2017

Resepi Mee Goreng Basah

Resepi Mee Goreng Basah || Hujung minggu yang lepas farah tanya hubby nak makan apa untuk hujung minggu. Paksa dia buat senarai makan pagi, tengahari dan malam siap-siap untuk jumaat sabtu haha. Senang kerja ai tak payah fikir. Salah satu tu hubby kata nak mee goreng basah. 
Resepi Mee Goreng Basah
Resepi Mee Goreng Basah
Rasanya sebelum ini farah tak pernah buat mee goreng basah yang betul-betul. Mee goreng ada lah kot. 

Resepi ini farah dapat dari blog resepicheff. Boleh tahan juga sedap resepi ini haha. Memang kena simpan resepi ini sebab lain kali tak payah nak cari dah resepi lain. Farah tak suka sangat cuba banyak resepi sebab takut tak sedap. Buat penat je masak haha. 

Jom buat mee goreng basah!


MEE GORENG BASAH


Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - farah guna separuh je. 
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji cili api - tumbuk
5 ekor udang - cuci
1 paket fishball - kerat 4
1 ikat sawi - kerat panjang
1 biji tomato - belah 6
1 sudu cili kisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
5 sudu kicap
1 cawan air
Garam 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis cili kisar, bawang putih dan cili api sehingga garing dan naik bau. 

2. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau sebati. Masak hingga sedikit menggelegak. 

3. Masukkan air. Tunggu menggelegak, kemudian masukkan udang, fishball dan sawi. 

4. Bila udang masak, masukkan tomato dan mee. Kacau sebati. Masukkan garam jika perlu. 

5. Bila dah masak, boleh tutup api. 

Siap!
Resepi Mee Goreng Basah
Resepi Mee Goreng Basah


Udang tu farah guna udang besar. Hubby tak makan udang, jadi untuk farah sorang je hehe. Cili kisar sebenarnya guna lebih banyak dalam resepi asal, farah letak sikit sebab medina nak makan sekali. Cili api dalam resepi asal guna 10 biji haha. Tak tergamak farah nak letak 10 biji. Cukup lah sikit-sikit. 

Waktu makan mee ini menyesal masak separuh bungkus hehe. Tak cukup rupanya. Patut masak lebih sikit. 

Selamat  mencuba!

Baca sini:

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign