20 Dec 2017

Resepi Sambal Ikan Bilis

Resepi Sambal Ikan Bilis || Sambal ikan bilis ini tak semestinya makan dengan nasi lemak je. Boleh juga kalau makan dengan roti keping, cicah lempeng atau peknga, dengan burger malaysia ataupun ratah je.
Resepi Sambal Ikan Bilis
Resepi Sambal Ikan Bilis
Hubby suka sambal ikan bilis. Tapi dengan syarat ikan bilis yang letak dalam sambal tu mestilah goreng terlebih dahulu. Kalau tak goreng, lembik hubby geli nak makan. Nanti mula lah dia gigih asing kan ikan bilis dari sambal satu per satu hehe. 

Sebenarnya farah pun tak berapa selera kalau ikan bilis dalam sambal tu tak goreng. Farah rasa macam makan ikan bilis mentah haha. Mujur juga selera kami sama kali ini. Kalau farah yang goreng memang farah goreng garing lah. Sebab bila dah masukkan dalam sambal, ikan bilis akan lembik sedikit. 

Jom buat sambal ikan bilis!

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS


Bahan-bahan:
1 mangkuk ikan bilis - cuci dan goreng.
1 biji bawang holland - mayang
2 sudu besar gula 
Garam
2 keping asam keping
20 cili kering - kisar
2 biji bawang merah besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Air secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Minyak kena banyak untuk tumis bahan kisar. Kalau minyak sikit nanti tak garing dan tak sedap. Tumis bawang holland yang dihiris tadi hingga naik bau. 

2. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Masak dengan api perlahan sehingga cili betul-betul masak, garing dan pecah minyak. 

3. Lepas garing, masukkan gula dan kacau rata. 

4. Masukkan air mengikut kepekatan yang kita nak. 

5. Masukkan asam keping, garam, dan ikan bilis. 

6. Kacau hingga sambal masak. 

Siap!
Resepi Sambal Ikan Bilis
Resepi Sambal Ikan Bilis

Bila buat kali ini menjadi, rasa macam nak buat selalu pula hehe. Sebelum ini buat tak menjadi, trauma lah kononnya sampai bertahun tak cuba buat sambal ikan bilis. Hihi. 

Selamat mencuba!

Baca sini:

No comments:

Post a comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign